Neil Warnock Galakkan Pochettino Sertai Man United, Anggap Kesetiaan Itu ‘Sampah’

Pengurus Cardiff City, Neil Warnock memberikan galakan kepada pengendali Tottenham Hotspur iaitu Mauricio Pochettino untuk meninggalkan kelab tersebut.

Hal ini kerana, pengurus dari Argentina ini seringkali dikaitkan dengan jawatan sebagai pengurus Manchester United.

Menurut laman Sky Sports, Warnock berpendapat Pochettino harus melupakan nilai kesetiaan pengurus itu kepada Tottenham Hotspur kerana peluang menguruskan pasukan seperti Manchester United.

Pochettino
ENFIELD, ENGLAND – DECEMBER 18: Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur talks to the press during the Tottenham Hotspur press conference at Tottenham Hotspur Training Centre on December 18, 2018 in Enfield, England. (Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, Warnock berasa kesetiaan itu tiada gunanya dan ianya ibarat ‘sampah’.

“Kita akan rasa bersalah, kerana faktor kesetiaan. Kita akan rasa tak mahu untuk buat sesiapa kecewa.”

“Tapi saya ingat satu masa dahulu ketika saya berjaya membantu Notts County naik pangkat, Chelsea tawarkan saya jawatan sebagai pengurus dan saya tolak.”

“Saya kemudiannya dipecat di Notts County 6 bulan kemudian. Bila orang cakap mengenai kesetiaan, saya rasakan ianya penuh dengan ‘sampah’.”

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 06: Manager Mauricio Pochettino of Spurs and manager Neil Warnock of Crystal Palace react on the touchline during the Barclays Premier League match between Tottenham Hotspur and Crystal Palace at White Hart Lane on December 6, 2014 in London, England. (Photo by Paul Gilham/Getty Images)

Bagi Warnock, pengurus perlu membuat keputusan yang betul pada masa yang tepat kerana ada masanya memang tak salah untuk tinggalkan satu kelab untuk kelab yang lain.

“Bukan selalu kelab seperti Manchester United akan datang untuk menawarkan jawatan pengurus mereka kepada anda.”

“Waktu ini merupakan satu detik sukar buat Pochettino. Adakah beliau mahu menghadapi cabaran lain ketika mereka beraksi di stadium baharu dengan skuad yang beliau sudah kenal?”

Cardiff City kendalian Warnock bakal bertemu Tottenham Hotspur kendalian Pochettino pada pagi 2 Januari 2019 waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN