Negeri Sembilan Sasar Layak Ke Liga Super 2021

Negeri Sembilan pernah menjadi satu nama besar dalam kancah bola sepak negara tidak lama dahulu. Pasukan itu pernah menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA sekitar tahun 2005 hingga 2011. Selepas itu prestasi Skuad Jang itu ibarat ‘yo-yo’ apabila turun naik saingan Liga Super dan Liga Perdana.

Selepas mengakhiri kempen Liga Super 2018 di kedudukan tercorot, Negeri Sembilan kembali ke Liga Premier musim ini dan hanya menduduki tangga keenam dari 11 pasukan.

Memetik laporan Bernama, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) telah menyasarkan kedudukan dua pasukan terbaik dan saingan Liga Premier pada musim depan untuk kembali bersaing di saingan liga utama negara ini pada musim 2021.

Setiausaha PBNS, Satwant Singh memaklumkan, pihak pengurusan memberikan sepenuh kepercayaan kepada barisan kejurulatihan dan pemain pasukan itu untuk merealisasikan sasaran tersebut selepas berlaku perubahan besar dalam skuad utama Skuad Rusa pada musim depan.

“Saya percaya dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020, ditambah dengan segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus cemerlang.

“Ini kerana sudah lama kami tinggalkan Liga Super dan sudah tiba masa untuk kita lebih serius memburu slot tersebut pada musim 2021 nanti,” jelas Satwant dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

PBNS sebelum ini mengumumkan bekas pengendali skuad Piala Presiden, Sazali Saidon sebagai ketua jurulatih pasukan dan pasukan itu turut berjaya mendapatkan dua pemain berpengalaman itu Shahurain Abu Samah dan Muhd Shahrom Kalam.

Mereka turut berjaya mendapatkan lima pemain lain iaitu Nazrul Kamaruzzaman (Selangor United), Che Safwan Hazman (Pulau Pinang), Mohd Arip Amiruddin (UKM FC), Ahmad Azriddin Rosli (UiTM FC) dan Nur Shamie Iszuan Amin.

“Saya percaya dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020, ditambah dengan segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus cemerlang.

“Ini kerana sudah lama kami tinggalkan Liga Super dan sudah tiba masa untuk kita lebih serius memburu slot tersebut pada musim 2021 nanti,” kata Satwant lagi.

Kredit Foto: Negeri Sembilan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN