Negeri Sembilan Buat Persiapan Rapi Berdepan Skuad Tok Gajah

Kehadiran ketua jurulatih baharu yang berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah menyuntik semangat barisan pemain Negeri Sembilan untuk memburu kemenangan yang berterusan dalam saingan Liga Super selepas ini.

Pemain tengah skuad itu, Mohd Faizal Abu Bakar berkata kepada Berita Harian, mengakui selesa berlatih dibawah Azraai kerana pernah mendapat bimbingan daripada pengendali itu ketika bersama skuad Kedah, sebelum ini.

“Pengalaman berada di bawah bimbingan Mohd Azraai sebelum ini membantu saya untuk mudah mengikuti corak latihan dan taktikal diserapkan beliau.

“Melalui pengalaman itu juga membolehkan saya berkongsi dengan rakan lain dalam pasukan, sekali gus membantu mempercepatkan lagi proses membina kekuatan baharu kepada pasukan.

“Kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan corak dan taktikal cuba diserapkan beliau kerana komitmen tinggi daripada setiap pemain amat penting ketika cabaran dalam Liga Super semakin sengit,” katanya.

Azraai Khor mengendalikan sesi latihan skuad Negeri Sembilan. FOTO: Team N9FC

Menurut pemain yang berusia 27 tahun itu, kekalahan kepada Kedah ketika perlawanan pusingan kedua Piala FA minggu lepas tidak mematahkan semangatnya dan rakan sepasukan untuk memburu 3 mata penuh dalam saingan Liga Super selepas ini.

Skuad Hobin Jang Hobin itu dijadualkan bertemu naib juara Liga Super 2017, Pahang di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu ini dan mereka sedia lakar kejutan menewaskan skuad tok gajah itu.

“Rakan-rakan juga dilihat begitu bersemangat untuk terus berusaha menjulang nama pasukan musim ini, walaupun tidak dinafikan ada rasa kecewa kerana gagal meneruskan cabaran dalam Piala FA.

“Kami sudah lupakan kekalahan kepada Kedah dan kini fokus untuk persiapan menentang Pahang, di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini. Kami perlu lakukan yang terbaik untuk memastikan misi menewaskan Pahang tercapai.

“Dengan kedudukan kami di tangga kedua tercorot carta liga, kami perlu mempamerkan tahap kebangkitan lebih baik pada perlawanan akan datang dan menerusi semangat juang tinggi dipamerkan ketika beraksi di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu, ia diharap memberi petanda baik untuk kami mencipta kemenangan dalam liga pada aksi berikutnya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN