Piala AFF: Nazirul Naim Luah Kekecewaan Mengenai Kecederaan

Skuad Harimau Malaya terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mengikat Vietnam 2-2 dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Keputusan aksi perlawanan tersebut memang jelas tidak memihak kepada skuad bimbingan Tan Cheng Hoe – untuk dijadikan bekalan – bagi dipertaruhkan di perlawanan akhir kedua di Hanoi pada15 Disember nanti.

Tugas sukar pasti bakal menanti Malaysia selepas ini apabila mereka turut kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan.

(Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Terbaru, Malaysia berkemungkinan terpaksa kehilangan pemain pertahanan kiri, Nazirul Naim akibat kecederaan yang menimpanya semasa perlawanan semalam.

Nazirul tampil konsisten pada permulaan permainan, namun beliau  tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kecederaan sebelum terpaksa diusung keluar pada minit ke-41 dengan Adam Nor Azlin masuk menggantikan tempatnya.

‘Separuh semangat tiada disisi’

Nazirul sepertinya memberi petanda awal bahawa beliau mungkin terpaksa melupakan aksi kedua di Hanoi selepas memuat naik status di Instagram miliknya (nazirulnaim) dengan menulis lirik lagu Malique berjudul ‘Nukilan’ bagi meluahkan perasaan kekewaannya.

“Hampir lelah hampir jatuh diri ini, Bila separuh semangat tiada di sisi, Tak mengapa ku tempuhi dugaan, Bukan mudah berjalan berseorangan.”

Nazirul sebelum ini telah berjaya membalas kepercayaan Tan Cheng Hoe setelah mengambil alih tempat Syazwan Andik yang turut mengalami kecederaan. Nazirul beraksi 90 minit perlawanan ketika pasukan negara mencatat keputusan seri 2-2 menentang Thailand di Bangkok di separuh akhir.

Netizen beri kata semangat

Walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia masih belum memaklumkan mengenai status Nazirul buat masa ini, netizen beranggapan entri yang dituliskan oleh pemain Perak itu mempunyai kaitan dengan kecederaan yang dialami beliau semalam.

Kebanyakan daripada pengikutnya memberikan kata-kata semangat agar beliau dapat pulih dan kembali bangkit meneruskan perjuangan demi negara.

Dalam perlawanan menentang Vietnam pada malam tadi, Malaysia beraksi tanpa tiga tonggak utama di bahagian pertahanan. Syahmi Safari dijangka akan kembali membarisi kesebelasan utama dalam perlawanan akhir kedua. Manakala status Aidil Zafuan, Syazwan Andik dan Nazirul sendiri masih samar.

Kita doakan agar Nazirul dan pemain-pemain lain kembali pulih dari kecederaan sebelum perlawanan akhir kedua di Hanoi nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN