Nasser Al-Khelaifi Yakin Neymar, Mbappe Mahu Kekal Di PSG

Neymar Mbappe PSG

Beberapa kelab yang cuba untuk mendapatkan dua bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe mungkin terpaksa berputih mata selepas mendengar kenyataan presiden kelab Nasser Al-Khelaifi.

Menurut jutawan Qatar tersebut, beliau yakin kedua-dua pemain tersebut akan terus kekal di Parc de Princes untuk jangka masa beberapa tahun lagi.

Kontrak Mbappe bersama kelab Ligue 1 berkenaan akan tamat pada 2022 dan beliau telah dikaitkan dengan spekulasi perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dalam beberapa tahun ini.

https://twitter.com/sportingnewsww/status/1336823965139038211?s=20

Neymar pula telah beberapa kali cuba untuk kembali ke Barcelona, namun kelab La Liga tersebut dikatakan tidak mampu untuk mendapatkannya atas faktor kewangan.

PSG membelanjakan €222 juta untuk menebus klausa pelepasan Neymar di Barcelona dan €180 juta untuk mendapatkan Mbappe dari Monaco.

“Kami telah mulakan perbincangan dengan Neymar dan Mbappe,” ujar Al-Khelaifi kepada RMC Sports.

“Rundingan tersebut adalah sulit dan tak boleh didedahkan buat masa sekarang, tetapi saya meletakkan keyakinan yang tinggi kedua-dua pemain tersebut mahu terus kekal bersama kami.”

Kedua-dua pemain tersebut tiba di Paris pada 2017 sebagai sebahagian daripada projek pembaharuan oleh Al-Khelaifi yang mahu menjadikan kelab Perancis tersebut sebagai salah satu kuasa besar di Eropah.

https://twitter.com/Notoracismm/status/1336479780296921088?s=20

Bagaimanapun kelab tersebut masih gagal untuk meraih gelaran pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di mana musim lepas mereka hanya muncul naib juara selepas tewas tipis 1-0 kepada Bayern Munich.

Neymar sebelum ini telah menyatakan keinginannya untuk kembali bergandingan dengan mentornya Lionel Messi, namun ia tidak bermaksud beliau mahu kembali ke Barcelona.

PSG dikatakan salah satu pasukan yang sedang mengikuti rapat perkembangan bintang Argentina tesebut di Barcelona memandangkan kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Neymar dan Mbappe:

Neymar: Saya Mahu Kembali Bergandingan Bersama Messi

Kylian Mbappe Ejek Balik Orang Yang Kata Ligue 1 Itu ‘Farmers League’

Jawapan Kylian Mbappe Bila Ditanya Nak Messi Atau Ronaldo Dalam Pasukannya

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN