[VIDEO]: Tonton Nasihat Emas Mokhtar Dahari Mengenai Tanggungjawab Bermain Untuk Malaysia

Mokhtar Dahari

Bermain untuk skuad kebangsaan adalah sebuah penghormatan yang cukup besar buat seorang pemain bola sepak.

Mana tidaknya, menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik dalam negara untuk memastikan bendara terus berkibar megah di persada dunia.

Menjadi pemain kebangsaan juga membawa harapan menggunung seluruh rakyat tanah air. Di mata penyokong, pemain adalah wira negara yang mampu memberikan kegembiraan kepada seluruh ibu pertiwi.

Begitulah yang mungkin bermain di fikiran penyerang legenda negara Allahyarham Mokhtar Dahari.

Dalam sebuah rakaman yang dirakam pada tahun 1987, Mokhtar pernah memberikan nasihat mengenai bermain untuk pasukan kebangsaan.

Padanya membawa nama negara itu penuh dengan tanggungjawab dan apa sahaja tindakan yang diambil jika buruk, boleh menjejaskan maruah negara.

Saksikan video penuh nasihat pendek tetapi emas dari legenda negara kita di bawah:

Dah tengok video tu? Jom baca artikel kami yang lain:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Kelab Liga-M Pula Bakal Manfaatkan Program Naturalisasi Untuk Kukuhkan Pasukan

[VIDEO]: Lihat Aksi Luqman Hakim Yang Sungguh Licik Bantu KVK Belasah KRC Harelbeke

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply