Nani Bantu Selamatkan Maruah Orlando City Pada Debut MLS

Nani

Pemain Portugal, Nani telah diturunkan oleh Orlando City dalam perlawanan sulungnya di kancah Major League Soccer. Beliau dibawa dimasukkan pada minit ke-70.

Bantuan

Pada perlawanan di laman sendiri tersebut, beliau telah membuat second assist kepada rakan sepasukan, Dom Dwyer. Kemudiannya Dwyer membuat hantaran kepada Tesho Akindele untuk menjaringkan gol.

Gol tersebut hadir pada minit ke-75, selepas 5 minit Nani memasuki padang.

Gol penyamaan Akindele itu telah menyelamatkan Orlando daripada tewas kepada New York City. Orlando bertemu New York City pada perlawanan pembukaan Major League Soccer musim 2019.

Pada awal permainan, pelawat mendahului permainan melalui gol Ebenezer Ofori dan Alex Ring. Kemudiannya, Orlando merapatkan kedudukan skor melalui gol Chris Mueller pada minit ke-59.

Akhirnya, Akindele berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk membawa 1 mata penting buat tuan rumah.

Disambut meriah

Ketika nama Nani diumumkan untuk dibawa masuk, para penonton di Orlando City Stadium bersorak. Beliau mengenakan nombor berjersi 17.

Pemain Portugal itu menyertai kelab MLS itu pada pertengahan Februari lalu secara percuma dari Sporting Lisbon.

Nani menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab dari Florida itu. Beliau telah dilabelkan oleh pengurusan kelab sebagai Designated Player.

Sebelum ini, Kaka pernah menjadi pemain yang bergelar Designated Player oleh Orlando City. Nampaknya, Nani boleh menjadi daya penarik peminat dari Portugal untuk menonton MLS.

Kredit foto: Pro Soccer USA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN