Nama Perak FC Bakal Digunakan, Bukan Bos Gaurus FC

Kerjasama Semuanya BOLA

Perak FC

Kemarahan sebahagian besar para penyokong Perak berikutan penggunaan nama The Bos Gaurus FC pada musim hadapan kini pastinya reda selepas Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) memberikan perkembangan terkini berhubung perkara tersebut.

PAFA menerusi Timbalan Presiden, Datuk Adly Shah Ahmad menegaskan bahawa nama Perak Football Club (FC) akan digunakan selepas penjenamaan semula dilakukan, bukannya TBG FC seperti dilaporkan sebelum ini.

Adly Shah menjelaskan penggunaan nama The Bos Gaurus FC hanyalah sebagai langkah sementara dalam usaha untuk melengkapkan proses tersebut sepertimana yang dikehendaki Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Nama Perak FC pula akan digunakan sebaik sahaja permohonan tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri Perak yang diketuai Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu.

Adly Shah ditemui wartawan di pejabat Persatuan Bolasepak Perak selepas menerima memorandum dari Kelab Gabungan TBG MOBS susulan spekulasi penggunaan nama The Bos Gaurus FC tular tempoh hari.

”Kegunaan nama Perak telah diwartakan dan bermaksud Persatuan Bolasepak Perak harus membuat permohonan kepada kerajaan negeri Perak untuk menggunakan nama Perak ini.”

”Setahu saya memang tiada masalah, InsyaaAllah Perak FA akan dijenamakan sebagai Perak FC dalam masa terdekat.”

”Kita mahu usaha bagi mendapat kelulusan pemisahan [FA ke FC] dapat dilakukan sebelum 29 haribulan [September] tempoh hari. Itu adalah tarikh tutup diberikan FAM kepada seluruh persatuan bolasepak negeri.”

”Itulah sebabnya kita terpaksa terpaksa daftar [nama Bos Gaurus FC] dan kita sudah ada lesen untuk beraksi dalam saingan AFC dan Liga Super musim hadapan.”

”Apabila kita sudah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri, kita pergi ke SSM [Suruhanjaya Syarikat Malaysia] kita tukar balik [Perak FC],” tambah Datuk Adly Shah lagi.

Kredit featured image: Perak TBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram