Najib Razak: “Tak Boleh Harap De Gea Sahaja”

Perdana Menteri Malaysia sememangnya seorang peminat tegar Manchester United. Dalam kesibukan beliau bekerja kepada negara beliau tetap meluangkan masa untuk Manchester United.

Justeru, beliau seringkali memuat tweet yang berkaitan dengan Manchester United.

Namun beliau seperti beberapa peminat Manchester United yang lain, tidak begitu gemar dengan pendekatan bola sepak defensif Jose Mourinho.

Jose Mourinho seringkali dikritik kerana corak permainan defensif beliau dianggap tidak sesuai dengan DNA pasukan Manchester United yang selama ini dikenali dengan corak menyerang dan kerap membuli lawan mereka dengan permainan pantas era Sir Alex Ferguson.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 26: Manager Jose Mourinho of Manchester United (Photo by Plumb Images/Leicester City FC via Getty Images)

Malam ini, Manchester United akan berhadapan dengan Chelsea. Perdana Menteri Malaysia mahukan Manchester United bermain bola sepak menyerang dan tidak mengharapkan De Gea semata-mata.

Dalam banyak perlawanan United musim ini, ketangkasan De Gea seringkali menjadi penyelamat dan pembawa 3 mata untuk Red Devils dalam beberapa perlawanan mereka.

Sebelum ini, dalam perlawanan menentang Sevilla, aksi reflektif De Gea adalah sebab United tidak tewas dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan menentang Chelsea pada hari ini, kedua-dua pasukan pastinya mahu menang untuk perebutan slot UCL.

United, jika menang akan kembali merampas kedudukan di tangga ke-2 yang kini dihuni Liverpool selepas kemenangan 4-1 mereka semalam. Manakala Chelsea mahu menyamakan mata dengan United jika mereka menang.

Perlawanan ini juga panas dengan perseteruan peribadi di antara Jose Mourinho dan Antonio Conte.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram