Nagoya Pasukan Miliki Organisasi Mantap, Tetapi JDT Kelab Kecil Dengan Impian Besar

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bersaing di peringkat kumpulan saingan AFC Champions League buat kali kedua selepas menarik diri dari pertandingan sama pada musim lalu akibat pandemik COVID-19.

Berbeza dengan pertandingan yang diadakan pada musim-musim sebelum ini, ACL 2021 pada musim ini diadakan secara gelembung dengan Bangkok sebagai tuan rumah bagi saingan Kumpulan G.

Turut diundi di dalam Kumpulan G, anak buah Benjamin Mora akan berhadapan dengan Ratchaburi FC (Thailand), Pohang Steelers (Korea Selatan), dan Nagoya Grampus (Jepun) untuk mencari laluan ke pusingan kalah mati selepas ini.

JDT akan memulakan cabaran di pertandinga kelab elit Asia ini menentang wakil Jepun, Nagoya Grampus di Stadium Rajamangala esok.

Mengakui lawan adalah sebuah pasukan yang memiliki organisasi mantap, Ketua Jurulatih Benjamin Mora menegaskan anak buahnya tiba di Bangkok untuk bersaing dan memasang impian untuk mara sejauh mungkin.

“Mereka adalah sebuah kelab yang kuat, Nagoya berada di kedudukan kedua di saingan domesti (J League) dan sangat berorganisasi, dan dilatih oleh jurulatih dari Itali. Mereka mempunyai kualiti yang baik di bahagian serangan terutama di bahagian sayap,” kata Mora ketika mengulas mengenai lawan mereka itu.

“Mereka akan menyerang, dan bahagian pertahanan mereka juga kental. Anda tidak boleh melakukan kesilapan dan anda harus tenang dan cuba bersaing seboleh yang mungkin.”

Bagi Mora, JDT mungkin dianggap pasukan yang kerdil di dalam pertandingan ini. Namun demikian JDT adalah kelab kecil yang mempunyai impian besar di dalam pertandingan ini.

Kali terakhir Nagoya tampil dalam perlawanan ini ialah pada 2012, dan mara sehingga ke pusingan 16 pasukan terbaik pada ketika itu.

Kelab Jepun itu bagaimanapun mengalami kemerosotan prestasi termasuk terhumban ke divisyen kedua spada 2016 sebelum bangkit kembali pada tahun lalu.

Musim 2020 dan 2021 menyaksikan Nagoya beraksi berasaskan kekuatan di bahagian benteng mereka. Musim lalu penjaga gol, Mitch Langerak yang pernah beraksi bersama Borussia Dortmund mengumpul clean sheet tertinggi (17) di dalam tempoh semusim.

Setakat saingan musim ini, gawang Nagoya tidak dibolosi dalam sembilan perlawanan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai JDT:

Bersama JDT, Safiq Rahim Capai Impian Beraksi Di ACL

Benjamin Mora Beri Sebab Gonzalo Cabrera Disisih Untuk Saingan ACL

JDT v Ratchaburi, Pertembungan Kali Pertama Malaysia-Thailand Di Pentas ACL

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply