Nagelsmann: Leipzig Jangan Risau, Saya Tak Berminat Nak Ke Dortmund

Nagelsmann Leipzig

Pengendali RB Leipzig, Julian Nagelsmann tanpa berselindung mengakui beliau langsung tidak berminat untuk mengisi kekosongan di Borussia Dortmund selepas kelab tersebut bertindak memecat Lucien Favre.

Sehubungan dengan keputusan drastik tersebut, nama pengurus berusia 33 tahun itu mula menjadi tumpuan berikutan kredibiliti hebat ditampilkannya dan disebut-sebut bakal menjadi pengganti kepada Favre.

Bagaimanapun, Nagelsmann menegaskan Leipzig tidak perlu gusar serta khuatir memikirkan tentang spekulasi itu kerana beliau mengakui masih mahu memberikan sumbangan buat kelab yang disertainya pada 1 Julai 2019 itu.

”Tidak ada alasan untuk memberikan tumpuan terhadap berita pemergian ke Dortmund,” ujar Nagelsmann menurut laporan dikeluarkan Goal.

‘”Situasi dengan Dortmund tetap sama seperti ketika saya membimbing Hoffenheim. Saya sangat selesa di sini dan mempunyai sasaran besar untuk dicapai bersama Leipzig.”

”Seperti yang saya telah katakan, tiada sebab untuk Leipzig gusar dengan spekulasi melibatkan saya dengan Dortmund ini.”

Keupayaan dan kualiti Nagelsmann yang sebelum ini dilabel sebagai seorang pengurus berbakat besar ketika mula membimbing Hoffenheim bermula Februari 2016 semakin meniti di bibir pengamal bola sepak dunia selepas beliau berjaya membawa Leipzig layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Pengarah Sukan Dortmund, Micheal Zorc turut memuji kualiti Nagelsmann yang mengatakan pengurus tersebut memiliki karier pengurusan luar biasa.

‘”Saya percaya, tidak diragukan lagi bahawa dia merupakan seorang pakar bola sepak yang lengkap. Dia selalu menerapkan inovasi ke dalam teknik kejurulatihannya. Dia selalu membuatkan pasukannya bekerja dengan cukup baik.”

Kredit featured image: Jörg Schüler/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Julian Nagelsmann:

Julian Nagelsmann Begitu Idamkan Kejuaraan UCL

Julian Nagelsmann Dedah Alasan Tolak Tawaran Real Madrid Pada 2018

Julian Nagelsmann Kongsi Kaedah Perancangan Dan Pemilihan Taktikal

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply