Nagelsmann Akhirnya Berjaya Cipta Sejarah Bawa Hoffenheim Ke UCL Pertama Kali

Jika musim lalu, Nagelsmann membawa kelab mereka ke kedudukan terbaik dalam sejarah kelab Hoffenheim dengan berada di tangga ke-4.

Ia membuatkan mereka buat pertama kali beraksi dalam play off UCL tetapi disingkirkan oleh Liverpool.

Musim ini mereka berjaya menamatkan kedudukan Bundesliga di tangga ke-3. Ia adalah rekod baru dalam sejarah kelab mereka. Sekaligus, Hoffenheim akan beraksi di UCL buat pertama kali musim hadapan.

Pada awalnya, ramai meramalkan Hoffenheim akan bergelut dengan prestasi selepas mereka kehilangan beberapa pemain utama termasuk Rudy dan juga Niklas Sule.

Pada 2015, Nagelsmann menjadi pengurus termuda dalam sejarah Bundesliga pada usia 28 tahun. Beliau mengambil alih untuk membantu kelab tersebut mengelak daripada tersingkir.

Musim penuh pertama beliau adalah musim 2016/17 di mana beliau membantu kelab menamatkan saingan di tangga ke-4. Naman Nagelsmann menjadi bualan ramai. Beliau mulai dikaitkan dengan kelab-kelab elit Eropah termasuk Bayern Munich. Dan hari ini turut dikaitkan dengan Arsenal.

Persaingan ke UCL di Jerman menjadi sangat sengit. 3 pasukan di tangga ke-3 hingga ke-5 mengutip 55 mata dan hanya dipisahkan perbezaan jaringan. Leipzig di tangga ke-6 dengan 53 mata.

Nagelsmann menjadi jurulatih pada usia awal selepas terpaksa bersara daripada bermain bola sepak awal kerana kecederaan.

Bakat beliau dalam taktikal bola sepak mulai dikesan Thomas Tuchel yang pernah melantik beliau menjadi pemantau bakat separuh masa ketika beliau berehat panjang.

Anda boleh ikuti kisah beliau di sini: Julian Nagelsmann, Kisah Budak Kaca Menjadi Pengurus Muda Berkarisma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram