Nafuzi Zain Sedar Perak Bukan Lawan Yang Mudah, Tetap Sasar Tiga Mata

Ketua Jurulatih

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menyatakan kepada Semuanya BOLA yang skuadnya mensasarkan untuk meraih tiga mata penuh dalam aksi pertama CIMB Liga Super 2020 berdepan Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam nanti.

Namun, baginya, menentang Perak bukanlah satu perlawanan yang mudah kerana lawan memiliki pemain-pemain yang bagus di setiap posisi selain dibimbing oleh pengendali berpengalaman, tetapi Sang Penyu tidak akan mengalah.

“Bagi saya, kelebihan berpihak kepada Perak. Sebab pemain-pemainnya sudah lama bersama dan Mehmed Durakovic adalah jurulatih berpengalaman. Walaupun mereka hilang beberapa pemain, tetapi sebenarnya ia tidak sampai menjejaskan pasukan.

“Semua pemain mereka berbahaya. Pertahanan mereka juga bagus dalam situasi set-pieces selain memiliki penyerang dan pemain sayap yang bagus,” jelas Nafuzi Zain.

Untuk musim 2020, The Bos Gaurus kehilangan pemain tengah berpengaruh, Brendan Gan, Nasir Basharudin dan pemain sayap, Nor Hakim Hassan yang telah berhijrah.

Begitupun, dalam aksi pra-musim tempohari, Perak menunjukkan yang mereka tidak ‘merindui’ pemain-pemain itu, malah beraksi baik dengan barisan pemain yang ada.

Terengganu juga melalui pra-musim dengan cemerlang dan pengendali berusia 41 tahun itu mahu para pemainnya meneruskannya dalam perlawanan kompetitif.

“Dengan beraksi di tempat sendiri dalam perlawanan pertama, kita akan buat yang terbaik. Kita sasar tiga mata tetapi kita sedar ia tidak semudah itu,” komennya mengenai sasaran mereka bagi memburu kemenangan pertama malam ini.

“Tetapi saya percaya dengan apa yang pemain saya ada, insyaAllah. Saya harap apa yang dirancang sepanjang pra-musim akan berjaya diterjemah ke dalam aksi sebenar,” tambahnya sambil yakin penyokong sudah tidak sabar untuk musim ini.

Ini kerana, selain akan beraksi di stadium ‘baharu’ yang telah dibaik pulih, Terengganu juga memiliki beberapa pemain tempatan dan import baharu untuk diperhatikan.

Kelibat Nasir Basharudin, Faiz Nasir yang kembali, selain pemain import seperti pemain sayap, Faris Ramli, Babacar Diallo dan penyerang, Dominique da Sylva.

Untuk rekod pada musim lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi yang berlangsung di Kuala Terengganu dan kemudian, Perak berjaya mengatasi Terengganu 3-1 dalam aksi pusingan kedua liga di Stadium Perak, Ipoh.

KREDIT FOTO: TERENGGANU FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN