Nafuzi Puas Hati Aksi Rekrut Baharu

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui beliau berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemain-pemain baharunya.

Antara pemain yang mencuri tumpuan jurulatih berusia 41 tahun itu adalah Faris Ramli, D. Saarvindran dan Nasir Basharudin.

“Setakat ini, saya amat berpuas hati. Faris [Ramli] baru tiga, empat hari menyertai kami. Kami menyedari keadaan Saarvindran daripada segi tahap kecergasannya.”

“Saya juga berpuas hati dengan Nasir [Basharudin] kerana dia seorang yang bekerja keras,” ujar Nafuzi kepada Stadium Astro.

Dalam pada itu, Nafuzi turut mengharapkan barisan pemainnya dapat memberikan yang terbaik sekaligus dapat menjelmakan saingan sengit buat pasukan lain dalam Liga Super 2020.

“Saya mahu melihat pasukan saya sebagai pasukan yang berjaya bermain dengan cara kami sendiri. Apabila kami cemerlang, piala itu akan datang dengan sendiri.”

“Saya harap kami dapat membuat yang terbaik musim ini, Insya-Allah,” katanya.

2020 menjadi musim pertama buat Nafuzi Zain selaku ketua jurulatih Terengganu FC selepas beliau memangku tugasan tersebut berikutan peletakan jawatan Irfan Bakti Abu Salim pada Mei tahun lalu.

Kredit Foto: Terengganu Football Club

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN