Nafuzi Pantau Rapi Keadaan Pemain Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengambil pendekatan rapi dalam memantau keadaan pemain beliau disaat wabak Covid-19 melanda negara.

Dengan arahan daripada Malaysian Football League (MFL) yang tidak membenarkan sesi latihan dilakukan, beliau dan barisan kejurulatihan pasukan merencana perancangan khusus untuk membolehkan pemain-pemain Terengganu melakukan latihan di rumah.

Malah, beliau juga berhubung dengan skuadnya untuk memastikan kesemua pemain menjaga kesihatan diri.

“Saya percaya kepada semua pemain saya tidak kira pemain tempatan atau import bahawa mereka tahu menjaga diri masing-masing untuk kekal berada di rumah.”

“Ini memang kali pertama kita berdepan situasi sebegini dan saya pula kena memberi arahan dan perancangan menerusi panggilan telefon atau mesej sahaja sepanjang dua minggu ini dan ia bukan mudah sebenarnya.”

Disamping itu, Nafuzi juga mengambil peluang disaatkan larangan melakukan sesi latihan dengan mengkaji semula kekurangan dalam permainan pasukan Terengganu ketika perlawanan terdahulu.

“Tetapi saya sebagai jurulatih, saya gunakan masa ini untuk menilai semula kelemahan pasukan dan buat analisis perlawanan yang lepas selain sentiasa pantau aktiviti pemain-pemain yang berada di rumah agar momentum mereka tetap terjaga.”

Baca juga artikel kami mengenai Nafuzi Zain:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram