Nacer Chadli: Kylian Mbappe Pemain Yang Hebat, Dia Seperti Lionel Messi

Mbappe

Tidak ada pemain muda pada hari ini sehebat Lionel Messi yang mempunyai kepantasan dengan larian sepantas kilat dan bermain dengan teknik yang mempersonakan seperti Kylian Mbappé.

Demikian ungkapan yang diberikan pemain Belgium, Nacer Chadli menjelang aksi separuh akhir diantara Perancis dan Belgium pada 10 Julai ini.

Bercakap kepada wartawan, beliau sebagai berkata, corak pemainan yang dipamerkan penyerang muda Perancis itu sama seperti Lionel Messi.

“Apa yang dia (Mbappé) lakukan di usia yang muda ini amat menakjubkan.”

“Selain Messi, saya tidak pernah melihat aksi terbaik seperti itu dari pemain muda sebelum ini.”

Katanya lagi, penampilan Mbappé bersama Perancis amat istimewa. Dari perlawanan pertama, pemain berusia 19 tahun itu sudah beraksi selama 354 minit dan berjaya mencipta tiga gol buat pasukan.

“Mbappé seorang pemain yang hebat, dia sudah berjaya menjaringkan tiga gol untuk Perancis di Piala Dunia. Ini satu perkara yang harus dibanggakan.”

Meskipun begitu, Chadli sempat menegaskan bahawa kehebatan Mbappé bersama Perancis sedikit pun tidak mengusarkan pasukannya menjelang perlawanan itu nanti.

Sebaliknya beliau cuma beranggapan bahawa, perlawanan menentang Perancis nanti adalah perlawanan yang paling penting bakal mereka hadapi di Piala Dunia 2018 ini.

“Kami tidak takut dengan Mbappé dan mana-mana pemain sekali pun.”

“Selepas kami (Belgium) berjaya menewaskan Brazil, kami bakal berdepan Perancis. Kami juga tidak rasa takut untuk menentang mana-mana pasukan yang mendatang.”

“Kami tetap menghormati semua pasukan. Jika kami bermain dengan rasa takut bertemu Perancis nanti, nescaya kami tidak mampu menewaskan mereka.” katanya.

“Perlawanan dengan Perancis nanti adalah perlawanan paling penting buat skuad Belgium di Piala Dunia 2018 ini.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN