Naby Keita Amalkan Berdoa Untuk Semua Pemain Sebelum Memulakan Perlawanan

Pemain tengah Liverpool dan Guinea, Naby Keita beliau ada ‘ritual’ wajib sebelum memulakan perlawanan.

Naby Keita yang merupakan pemain beragama Islam akan mendoakan kesejahteraan kesemua pemain yang berada di dalam padang pada setiap perlawanan.

Ya, semua pemain. Ini termasuk pemain-pemain pasukan beliau dan pemain lawan. Kini beliau beraksi untuk pasukan Liverpool.

Liverpool membayar sekitar £52 juta untuk pemain ini. Beliau telah menjadi nadi penting pasukan Liverpool setakat ini.

Beliau memulakan musim pertama di EPL dengan baik dan menjadi pemain utama skuad The Reds.

Beliau berkata kepada laman rasmi Liverpool FC, sebelum perlawanan beliau akan bercakap dengan ibunya dengan menghubungi ibunya.

“Pertamanya, sebelum setiap perlawanan, saya akan bercakap dengan ibu saya dahulu. Ibu merupakan seorang yang banyak memberikan kata-kata semangat kepada saya.”

“Apabila saya keluar daripada bilik persalinan dan masuk ke dalam padang, saya akan mengambil sedikit masa untuk berdoa untuk pasukan saya, dan kesemua orang di dalam padang.”

“Mudah-mudahan tiada perkara buruk yang akan berlaku kepada semua, moga setiap orang dijauhkan daripada kecederaan.”

“Ya, saya lakukannya dalam setiap perlawanan. Berdoa untuk kedua-dua pasukan, berharap tiada perkara buruk berlaku, seperti kecederaan serius.”

Satu tindakan yang terpuji daripada Naby Keita. Diharap beliau akan terus cemerlang dalam karier.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram