MUSA Langsai Bayar Gaji Pemain RM1.1 Juta

Shukor Adan

Akhirnya kemelut tunggakan gaji yang melanda Shukor Adan dan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) membabitkan isu bayaran tunggakan gaji telah selesai.

Ini selepas MUSA telah melangsaikan tunggakan membabitkan pemain yang tidak disambung kontrak dan yang masih bersama pada musim ini membabitkan bayaran RM1.1 juta.

Menurut Bendahari Kehormat MUSA, Rashidi Othman bayaran tersebut bagaimanapun tidak termasuk tunggakan membabitkan tujuh bekas pemain import yang turut akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Segalanya berjalan lancar dan semua pemain dan bekas pemain amat berpuas hati dengan langkah berkenaan walaupun sedikit lewat menerusi penyusunan jawatankuasa baharu,” kata Mohamad Rashidi kepada Berita Harian semalam.

“Dengan bayaran berkenaan membuktikan janji presiden MUSA Damian Yeo dan pengurusan untuk menyelesaikan tunggakan akhirnya menjadi kenyataan.”

Dalam majlis ringkas yang diadakan untuk melunaskan gaji tersebut, bekas pemain Melaka 2019 diwakili oleh Shukor Adan.

Penolong pengurus Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, Shukor Adan turut mengucapkan terima kasih di atas Presiden MUSA, Damian Yeo yang telah berusaha menyelesaikan masalah gaji bekas pemain.

Damian turut mengambil kesempatan tersebut merakamkan penghargaan di atas kerjasama Shukor sepanjang mewakili pasukan Hang Tuah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram