Mungkinkah Theo Walcott Punca Arsene Wenger Lepaskan Serge Gnabry?

serge-gnabry-bayern-munich-2019-20-wenger-arsenal

Selain Robert Lowandowski, dua gol Serge Gnabry turut membantu Bayern Munich menewaskan Lyon di peringkat separuh akhir awal pagi tadi dengan keputusan 3-0.

Sebagai bekas pengendalinya, Arsene Wenger meluahkan kekecewaan kerana Arsenal melepaskannya satu masa dahulu untuk membolehkan beliau kembali ke kampung halamannya di Jerman. “Dia kini seorang pemain yang dominan di Jerman,” ujarnya.

Sukar tembus skuad utama

Kembali ke Jerman bermula pada musim 2016, Gnabry kini boleh dikatakan antara pemain yang menyinar bersama Bayern Munich selepas melalui musim pertamanya di Bundesliga bersama Werder Bremen. Kini beliau sudah tampil cemerlang.

“Jangan kita lupakan [Serger] Gnabry. Saya belinya daripada Stuttgart pada usianya 15 tahun dan dia kerap mengalami kecederaan,” ungkap Wenger mengenai Gnabry.

“Dia sangat kreatif, boleh menjaringkan gol, boleh menggunakan kedua-dua belah kakinya, memiliki kekuatan dan pandai mencari ruang, sangat bijak bila mahu membuat larian. Macam yang saya katakan mengenai pemain muda dan berbakat.

“Tidak, tidak [saya tidak mahu lepaskannya]. Kita ada perjanjian dengannya. Namun, dia tidak mahu menyambung kontraknya [di Arsenal],” tegas Wenger dan berkata ianya berkaitan dengan kesukarannya untuk menembusi skuad utama The Gunners.

Dua tahun tidak bermain bola

Kita kembali semula ke musim 2016/17. Gnabry pulang daripada pinjaman bersama West Brom dengan hanya kekecewaan apabila Tony Pulis tidak memberikannya minit permainan. Musim sebelumnya, beliau mengalami kecederaan dan berehat setahun.

Dua tahun tanpa bermain dan berbaki setahun kontrak, beliau berada di posisi yang beliau mahu bermain dalam skuad utama. Usianya ketika itu 21 tahun dan Wenger tidak dapat menjaminkan perkara tersebut dalam pembaharuan kontraknya nanti.

https://twitter.com/KeenosAFC/status/1296366947853053953

Bukanlah hanya Theo Walcott seorang yang menjadi pesaingnya di posisi tersebut. Alexis Sanchez dan Alex Oxlade-Chamberlain juga menjadi pesaing rapatnya.

Namun, keutamaan yang diberikan kepada Walcott tampak menjadi punca. Gnabry dilihat pemain pilihan ketiga dan jika pemain-pemain lain cergas, beliau akan kembali tersisih. Dengan masalah kecederaannya, apa lagi yang hendak dikata?

Bayern cilok Gnabry melalui Bremen

Adakah beliau pemain yang gagal di Arsenal? Sudah tentunya tidak. Dengan pemain-pemain seperti Alex Oxlade-Chamberlain, Alexis Sanchez, Lukas Podolski dan Theo Walcott, tentunya Gnabry sukar untuk bersaing dan telah dipinjamkan.

Namun, di West Brom juga beliau gagal mendapatkan aksi yang banyak. Pinjaman yang gagal ditambah dengan kecederaan yang dialaminya apabila kembali ke Emirates. Kata Wenger, “Dia tidak bermain langsung [West Brom] dan balik cedera.”

“Kami berusaha untuk memulihkannya dalam tempoh enam bulan dan dia kembali untuk beraksi bersama skuad Jerman B-21. Di sana, Bayern membuat komplot bersama Bremen dan akhirnya dia tidak mahu sambung kontraknya,” ujar Wenger.

Pada 2012, kemunculan pertamanya dalam skuad Arsenal di League Cup menentang Coventry menyaksikan beliau dikatakan pengganti kepada Theo Walcott di masa depan. Wenger turut membandingkan Gnabry dengan Walcott selepas itu.

Penutup

Semua dapat lihat bagaimana Wenger lebih mendahulukan pemain lain berbanding Gnabry dan bagaimana Walcott kerap kali menjadi pilihan utama untuk kesebelasan utama. Tetapi, bukanlah Walcott punca utama kepada perpindahannya.

Mungkin keberatan Wenger sendiri untuk memberikannya peluang membawa kepada permintaannya untuk keluar daripada Arsenal. Apa pendapat pembaca?

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Serge Gnabry dan Bayern Munich:

https://semuanyabola.com/analisis-transformasi-taktikal-bayern-munich-bawah-flick/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN