RB Salzburg Berlatih Di Dubai, Pemain Israel Munas Dabbur Ponteng?

RB Salzburg terbang ke kem latihan di Dubai tanpa Munas Dabbur. Laporan beberapa media di Jerman pada awalnya menyatakan Munas Dabbur menghilangkan diri dari kem latihan.

Ada juga yang membuat spekulasi pemain ini ponteng. Ini kerana Munas Dabbur tidak cedera dan isterinya tidak pula bersalin.

Penyokong RB Salzburg mahukan kepastian kerana Munas Dabbur yang berusia 24 tahun telah menjaringkan 2 gol dalam 15 perlawanan liga. Beliau adalah pemain penting untuk kelab.

RB Salzburg dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka apabila liga bersambung pada 11 Februari kelak.

Sebuah lagi kelab milik Red Bulls iaitu RB Leipzig terbang ke UAE. Kedua-dua kelab ini sedang dalam kedudukan yang baik dalam liga masing-masing.

Ini sebabnya

Persoalan peminat RB Salzburg yang mungkin tidak tahu akan regulasi kemasukan orang Israel ke Qatar akhirnya terjawab.

Sebenarnya pemain dari Israel ini masih gagal mendapatkan visa ataupun kebenaran khas untuk masuk ke negara tersebut.

Menurut RB Salzburg, mereka telah menghantar permohonan visa dan permit untuk Munas Dabbur. Namun mereka tidak mendapat jawapan dalam masa yang seharusya mereka berlepas ke Dubai.

Pengarah Sukan Salzburg, Christoph Freund berkata:

“Kami masih menunggu maklum balas untuk permohonan yang kami hantar. Jika diluluskan, dia akan terus terbang ke sini menyertai kita di sini. Namun buat masa ini, kami tidak ada berita tentangnya.”

Pada Januari 2017, Eintracht Frankfurt juga pernah menghadapi masalah yang sama ketika berkunjung ke Dubai. Ini kerana mereka mahu membawa masuk pemain kebangsaan Israel, Taleb Tawatha.

Kes sebelum ini

Eintracht Frankfurt berkeras untuk membawa masuk pemain tersebut. Yang menariknya, Tawatha juga ada kerwarganegaraan Sudan.

Lebih menarik lagi, Tawatha yang pernah bermain untuk Macabi Haifa dan semua peringkat usia skuad kebangsaan Israel merupakan seorang Muslim. Beliau adalah Israeli-Muslim.

Pada tahun 2014, Vitesse Arnheim pernah terbang ke UAE untuk tujuan yang sama. Mereka juga terpaksa meninggalkan pemain dari Israel Dan Mori.

Sebelum ini Israel mengumumkan mereka tetap akan menyertai Piala Dunia Qatar sekiranya berjaya mara. Ianya selepas negara-negara dari Arab dan Israel seringkali mengelak untuk berkunjung sesama mereka untuk perlawanan bola sepak.

Mereka biasanya memilih untuk bermain di gelanggang berkecuali.

Baca juga: Cadbury Dan Premier League Umum Kerjasama 3 Tahun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN