‘Mukhairi Ajmal Pemain Muda Yang Hampir Sempurna’

Mukhairi Ajmal sayap Selangor II 2020

PKNP FC atau kini dikenali dengan Perak II dan pengendalinya, Abu Bakar Fadzim jelas merindui kelibat pemain muda berbakat, Mukhairi Ajmal untuk saingan musim ini.

Mukhairi Ajmal telah sah menjadi milik Selangor dan tampil beraksi bersama Selangor 2 pada permulaan musim ini di Liga Premier. Musim lalu, beliau mula mendapat tempat di Liga Super, sebelum tampil lebih kerap di saingan Piala Malaysia 2019.

Bercakap kepada Bernama, Abu Bakar menyatakan yang Mukhairi Ajmal adalah pemain muda yang berkualiti dan hampir sempurna. Mana-mana pasukan yang mendapatkannya akan berpuas hati dan gembira dengan apa yang pemain itu ada.

“Saya rasa kehilangan apabila PKNP FC tutup dan beliau ambil keputusan untuk ke Selangor 2, kerana memang saya nampak beliau seorang pemain muda yang hampir sempurna. Disebabkan itu juga saya berani berinya peluang beraksi dalam Piala Malaysia,” ujar Abu Bakar mengenai perasaannya melepaskan pemain berbakat itu.

“Memang saya nampak beliau seorang pemain muda yang hampir sempurna dan mana-mana pasukan akan gembira untuk mendapatkan pemain muda berkualiti sepertinya,” jelas pengendali berusia 48 tahun itu tentang Mukhairi Ajmal.

Mukhairi Ajmal PKNP FC Kedah Piala Malaysia
FOTO: PKNP FC

Jika diimbau kembali, walaupun pernah diturunkan dalam saingan liga, pemain berusia 18 tahun itu memperkenalkan dirinya kepada para peminat Liga Malaysia ketika PKNP FC tewas tipis 1-2 kepada Kedah dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2019.

Mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan, malah berjaya membantu Yashir Pinto meledak gol sensasi dalam suku akhir pertama, Mukhairi Ajmal kemudiannya berjaya meledak satu gol dalam aksi timbal balik di Alor Setar.

“Apabila kita lihat beliau dan lariannya bersama bola dan juga ketika tanpa bola, seolah-olah seperti satu perancangan sedang dibuat oleh beliau ketika itu,” jelas Abu Bakar yang turut berkata sukar untuk melihat pemain muda dengan aksi sebegitu.

”Bukan senang kita nak tengok pemain muda yang begitu selesa di atas padang bersaing bersama lawan yang lebih berpengalaman luas. Saya berbangga kerana kita ada pemain muda seperti beliau yang berani membuat keputusan,” tambahnya.

Selain itu, Abu Bakar menyifatkan beliau pemain muda yang memiliki tahap kecerdasan intelektual (IQ) yang tinggi, malah beliau boleh mencorakkan perlawanan dan berfikir dalam tempoh yang singkat sebelum membuat hantaran,” ujarnya.

FOTO: FA Selangor

Begitupun, mungkin penampilannya bersama skuad utama Selangor bakal tertangguh untuk satu tempoh masa. Pengalamannya bersama PKNP FC di Liga Super dan Piala Malaysia masih mentah di mata jurulatih Gergasi Merah, B. Satiananthan.

Pada awal tahun lalu, Satiananthan dipetik berkata kepada Goal.com yang Mukhairi Ajmal masih memerlukan masa untuk memecah masuk ke skuad utama kerana masih ada beberapa perkara perlu ditingkatkannya seperti mengekalkan konsistensi.

Jika dilihatkan, Mukhairi Ajmal juga bukanlah seorang pemain yang mudah berpuas hati dengan pujian ataupun prestasi semasanya. Ini kerana, bekas anak didik Abu Bakar itu pernah berkata yang beliau masih mahu meningkatkan permainannya.

“Saya masih belum berpuas hati dengan pencapaian setakat ini. Saya perlu menambah pengetahuan dan memperbaiki skil serta teknik permainan saya,” memetik kenyataannya daripada Semuanya BOLA yang diambil daripada portal The Star.

Diharapkan pemain muda berbakat besar sebegini akan berpeluang membarisi skuad utama Selangor satu masa nanti. Dengan masalah di bahagian sayap yang dilalui pasukan itu sebelum liga berehat, mungkin Mukhairi Ajmal sudah boleh diperkenalkan.

KREDIT FEATURED IMAGE: FA SELANGOR

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN