Mufti Wilayah Persekutuan: Itulah Namanya Piala Dunia FIFA 2018

Kemeriahan Piala Dunia 2018 mencuri tumpuan ramai pihak. Daripada kalangan Menteri sehinggalah rakyat biasa, mereka tidak akan melepaskan peluang mengambil tahu mengenai kejohanan ini.

Begitu jugalah dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah (SS) Datuk Dr. Hj. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri.

Dalam kesibukan bertugas, beliau sempat mencoretkan artikel bertajuk ‘Itulah Namanya Piala Dunia FIFA 2018’ yang dimuatnaik di laman web rasminya semalam.

Pengajaran

Antara intipati artikel beliau menceritakan bahawa para pemain yang beraksi berusaha untuk menjaringkan gol tetapi gagal. Mereka masih boleh mencuba dan sekiranya gagal, itu bukanlah rezeki untuk mereka.

SS Mufti turut berkongsi pandangan mengenai keberadaan pemain-pemain bintang yang dalam pasukan ternama tidak semestinya mempengaruhi keputusan perlawanan bagi pihak mereka. Contoh yang telah pun terjadi kepada Argentina dan Sepanyol.

Selain itu, beliau mengingatkan bahawa kesungguhan para pemain tanpa mengenal putus asa walaupun pada masa kecederaan atau masa tambahan boleh memberikan kesan kepada keputusan perlawanan.

Pemain Jerman mengalami kekecewaan selepas tersingkir dalam Piala Dunia 2018.

Ini jelas berlaku apabila Korea Selatan menjaringkan dua gol pada minit-minit terakhir perlawanan semasa menentang Jerman pada tempoh hari.

Kekalahan mengejut Jerman telah memberikan mereka tiket pulang awal ke tanah air mereka.

Sifat bola sepak – tidak boleh selesa.

Dalam ruangan di laman web tersebut, SS Mufti turut juga menjelaskan bahawa bola sepak telah mengajar peminatnya makna tidak boleh putus asa dalam berusaha mengejar sesuatu.

Pelbagai cara (yang dibenarkan undang-undang permainan) boleh dilaksanakan demi meraih gol dan sekaligus kemenangan.

Beliau sempat memfokuskan satu persoalan yang wajar direnung oleh kita semua. Persoalan itu berbunyi, ‘Kalaulah Korea Selatan, Jepun dan Senegal pernah tumbang di tangan Malaysia pada tahun 80-an, mengapa tidak pada masa kini?’

Doa daripada Mufti

Pada 4 tahun lagi, Piala Dunia 2022 akan dilangsungkan di Qatar . SS Mufti menitipkan doa agar skuad negara kita dapat beraksi dalam kejohanan tersebut di ruangan penutup artikel Qalam Mufti #9 tersebut.

Mudah-mudahan doa beliau dan rakyat Malaysia dimakbulkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN