MU Buru Semua Piala Bersama Safiq Rahim

Melaka United mengumumkan bahawa pemain tengah Safiq Rahim menyambung kontrak dengan pasukan Melaka.

Melaka United dan Safiq Rahim baru sahaja mencapai kesepakatan itu.

Safiq Rahim sebelum ini menyertai pasukan Melaka dari JDT. Beliau telah menjadi pemain regular di dalam skuad Zainal Abidin Hassan di Melaka.

Dalam kenyataan media mereka sebentar tadi Melaka United menyatakan:

“Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini berbesar hati untuk mengumumkan pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim sah akan kekal bersama Skuad Hang Tuah bagi saingan Liga Malaysia musim 2020.”

“Kami di MUSA turut berbesar hati apabila Safiq yang juga bekas Kapten Skuad Bolasepak Kebangsaan bersetuju menerima tawaran lanjutan kontrak musim depan untuk terus menabur bakti buat Melaka United.”

Melaka United juga berharap pemain itu akan terus memantapkan lagi jentera tengah pasukan Melaka dan mencabar semua kejuaraan untuk semua pertandingan pada musim hadapan.

“Semoga Safiq yang digelar ‘Pakar Sepakan Percuma’ dapat terus memantapkan jentera tengah Melaka sebagai antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim depan.”

“Semoga berjaya SR8, daripada kami di MUSA.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN