unifi Liga Super 2018: Laskar Semut Merah King Gopal Curi Satu Mata Dari Terengganu FC

Musim lalu, Terengganu hanya dibezakan dengan jumlah jaringan untuk dinobatkan sebagai juara 100Plus Liga Premier.

Jika ada perkara yang ingin dibuktikan oleh Irfan Bakti dan anak buahnya, ianya pasti ialah untuk membuktikan mereka layak untuk berada di kelompok elit pertandingan bola sepak negara.

Terengganu FC yang pasti diiringi oleh ribuan penyokong hitam putih, turun ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk memungut tiga mata sulung pada musim ini.

Lawan mereka pada malam ini ialah skuad bimbingan Datuk K. Rajagopal, PKNS FC. Jika persiapan sebelum menjelangnya perlawanan pada malam ini diambil kira, skuad Semut Merah wajar digeruni pada musim ini.

Gandingan beberapa muka lama berpengalaman dan baharu akan dijadikan taruhann, termasuk beberapa nama besar seperti bekas pemain pertahanan Kedah, Zac Anderson, dan Safee Sali akan juga penyerang B-23 negara, Jafri Chew.

Separuh masa pertama

Perlawanan bermula dengan pasukan tuan rumah, Terengganu FC cuba memecah kebuntuan awal. Tiga percubaan daripada tiga peluang keemasan dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan, Terengganu hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana tidak mendahului.

Peluang terbaik Terengganu FC hadir pada minit ke-17 perlawanan apabila hantaran lintang rendah Tchetche Herman gagal disempurnakan oleh Abdul Malik Arif, setelah percubaan pemain itu tersasar di sebelah kanan gawang.

Minit ke-21 perlawanan, penyerang import PKNS FC turut mempunyai peluang terhidang, namun tandukan beliau lemah dan tidak menepati sasaran, untuk mudah bagi pertahanan Terengganu mengeluarkan bola.

Kredit: iFlix.

Dalam satu serangan balas pantas pada minit ke-28 perlawanan, Terengganu FC hampir berjaya memperolehi gol pendahulan perlawanan.

Namun Shahril Saari cemerlang di hadapan gawang sebelum sekali lagi menampan dua percubaan Lee Tuck serta Tchetche secara berturut-turut seminit kemudian.

Minit ke-37, akhirnya Terengganu FC berada di hadapan apabila Tchetche Kipre meletakkan pasukannya di hadapan melalui sepakan penalti.

Kredit: iflix.

Pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti tersebut setelah Abdul Malik Arif dijatuhkan di kawasan kotak penalti oleh pertahanan PKNS FC.

Keputusan tersebut bagaimanapun diragui, kerana kelihatan berlaku di luar kawasan penalti.

PKNS FC tidak mahu berdiam diri apabila pada minit ke-39 perlawanan, sepakan deras kaki kiri Qayyum Marjoni menerjah jaring Terengganu setelah menerima hantaran Faris Ramli. Kedudukan semasa Terengganu FC 1-1 PKNS FC.

Dua minit masa tambahan yang diberikan pengadil berlalu, dan perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Separuh masa kedua

Babak kedua perlawanan bermula menyaksikan kedua-dua pasukan cuba untuk melakukan penguasaan di bahagian tengah.

Minit ke-55 perlawanan, gerakan solo menarik daripada Shahrul Aizad mengelirukan beberapa petahanan PKNS FC, namun rembatan beliau dari luar kotak penalti tersasar.

Kad kuning pertama perlawanan diterima oleh Lee Tuck, selepas menjatuhkan Safee Sali yang cuba melakukan serangan balas pantas pada minit ke-60 perlawanan.

Dua minit kemudian, giliran Tchetche Kipre dilayangkan kad kuning selepas terjahan lewatnya terhadap Oswado Morales.

Selepas itu tidak ada banyak aksi yang mengancam dari kedua-dua pasukan. Rembatan deras kaki kanan oleh Jafri Chew pada minit ke-65 perlawanan hanya sedikit melangkaui gawang, dengan Rafael Ramazotti seperti sukar melepaskan diri dari kawala ketat Igor Zonjic.

Namun tiga minit kemudian, hantaran lambung bijak Jafrew Chew berjaya meloloskan Rafael Ramazotti yang berjaya melepasi perangkap offsaid sebelum beliau menyempurnakan peluang ketika berhadapan satu dengan satu dengan penjaga gol.

Kedudukan semasa Terengganu FC 1-2 PKNS FC, dan Irfan Bakti lantas memasukkan Faiz Nasir untuk menggantikan Ashaari Samsuddin.

Terengganu tidak menunggu lama untuk memburu gol penyamaan. Minit ke-74 perlawanan, Tchettche Kipre yang melakukan larian solo melepaskan rembatan kaki kiri, sedikit terbias oleh Zac Anderson sebelum bola melepasi jangkauan Shahril Saari.

Kedua-dua pasukan cuba untuk mencari gol kemenangan, terutama Terengganu yang kerap menguji Shahril Saari dengan beberapa serangan di minit-minit akhir perlawanan.

Namun demikian kedua-dua pasukan terus buntu sehingga wisel penamat ditiupkan untuk skuad Semut Merah berjaya mencuri satu mata dari gelanggang lawan. Kepurusan berakhir Terengganu FC 2-2 PKNS FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN