MSL: Nidzam Jamil Mahu Felda United Berjuang Habis-Habisan Bertemu Pahang Dan Kedah

Keputusan seri yang dicatatkan ketika menentang PKNP FC bermakna Felda United kini masih terikat mata dengan pasukan di tangga ke-10 MSL itu.

3 pasukan di dasar liga iaitu, PKNP FC, Felda United dan Kuala Lumpur masih berjuang untuk mengekalkan status mereka sebagai pasukan Liga Super musim hadapan.

Felda United masih ada 2 baki perlawanan berbanding dengan KLFA dan PKNP FC yang masih berbaki 1 lagi perlawanan.

Walaubagaimanapun, 2 perlawanan terakhir Felda United adalah berhadapan dengan pasukan kuat iaitu Pahang dan Kedah.

Pengendali Felda United, Nidzam Jami menuntut pasukannya untuk berjuang berhabis-habisan dalam 2 baki perlawanan yang dianggap sukar itu.

Nidzam tahu perlawanan itu sukar, tetapi mereka tiada pilihan selain daripada menang kedua-dua perlawanan untuk jaminan kekal di Liga Super.

Bercakap keada media selepas perlawanan menentang PKNP FC, Nidzam Jamil berkata, ada perkara yang melegakan dan ada perkara yang tidak melegakan untuk pasukannya.

“Kita mungkin ada sedikit kelebihan, kerana pasukan kita ada baki 2 perlawanan lagi.”

“Namun [perkara] yang tidak bagusnya adalah, kita berjumpa dengan Pahang dan Kedah.”

Nidzam menyatakan 2 perlawanan itu menjadi lebih sukar kepada mereka kerana 2 pasukan tersebut mahukan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan mereka di dalam Liga Super.

“Apa pun kita kena dapatkan tiga mata sekurang-kurangnya di antara kedua-dua perlawanan itu untuk kita berada dalam kedudukan yang selamat,” katanya lagi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram