MSL 2020: Terengganu FC Hantar PDRM Pulang Ke Liga Premier

Lee Tuck Terengganu FC UiTM FC Liga Super 2020 PDRM

PDRM sah kembali ke Liga Premier selepas hanya semusim di Liga Super apabila tewas 0-4 kepada Terengganu FC dalam aksi CIMB Liga Super 2020, sebentar tadi.

Sang Penyu bangkit dengan kemenangan pertama selepas tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut, sementara The Cops pula tumbang kali ke-4 dalam lima perlawanan selepas liga kembali bersambung sejak penghujung Ogos yang lalu.

Terengganu membuat rombakan ketara dalam kesebelasan utama dengan lima perubahan pemain antaranya kemasukkan semula penjaga gol muda, Rahadiazli Rahalim selain menyenaraikan Faris Ramli dan Sharin Sapien di jentera tengah.

Ia jelas satu aksi menyukarkan buat PDRM yang masih memburu tiga mata pertama selepas lapan perlawanan dengan terpaksa turun tanpa kapten, R. Surendran. Terengganu mendahului dua gol dalam setengah jam sebaik babak pertama bermula.

Sebelum babak pertama berakhir, tuan rumah menambah satu lagi gol menerusi rembatan jarak jauh Lee Tuck yang menembusi sudut kiri gawang. Terengganu kembali dengan sentuhan jaringan selepas hanya meledak satu gol dalam tiga aksi.

Sang Penyu dilihat banyak menggunakan zon sebelah sayap kanan yang dikemudi Lee Tuck untuk menjana serangan ke benteng lawan. Mungkin faktor kecergasan Faris Ramli menyebabkan pengendali, Nafuzi Zain lebih fokus di sebelah kanan.

Tampil semula dalam kesebelasan utama selepas disisihkan pada minggu lalu, Faris Ramli mempamerkan persembahan baik dengan memberi Terengganu jaringan awal pada minit ke-8 selepas menanduk masuk hantaran lintang Lee Tuck di sebelah kiri gol.

Minit ke-26, Lee Tuck menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua tuan rumah menewaskan Farzly Muhammad di pintu golnya. Penalti tersebut telah diperolehi selepas Faris Ramli dikasari pertahanan pelawat, Syahmi Shukri di dalam kotak penalti.

Sepanjang babak pertama, The Cops hanya berjaya membuat dua percubaan tepat ke atas gawang tuan rumah menerusi Eskandar Ismail dan juga pemain gantian, Safiee Ahmad, namun kedua-dua percubaan itu telah diselamatkan oleh Rahadiazli Rahalim.

Namun, warna permainan PDRM di babak kedua sedikit berubah dengan beberapa asakan berjaya dijelmakan mereka. Begitupun, anak didik Ishak Kunju tiada sentuhan baik di kawasan final third mereka, kelemahan ketara mereka sepanjang musim ini.

Kedua-dua pasukan tiada penyerang yang mampu mengetuai serangan dengan baik, namun mujur buat Terengganu adalah jentera tengah mereka memiliki penyudah yang baik. Bruno Suzuki yang menggantikan Dominique Sylva dilihat tenggelam.

Pemain tengah dilihat terus menjadi pemusnah apabila Faris Ramli berjaya menambah jaringan buat tuan rumah pada minit ke-75 menerusi tandukan selepas menerima hantaran kemas Arif Fadzilah – jaringan ketiganya untuk saingan musim ini.

Berbaki dua aksi, PDRM wajib terus memburu mata walaupun sudah tiada harapan untuk kekal di Liga Super. Ini bagi mengelakkan mereka menjadi pasukan pertama yang meraih mata negatif di akhir musim dalam sejarah saingan Liga Malaysia.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN