MSL 2020: Gol Minit Akhir Lee Tuck Bantu Terengganu Tumbangkan Pahang

MSL 2020

Aksi dua pasukan Pantai Timur dalam aksi MSL 2020 di Gong Badak jelas sekali menampilkan kualiti serangan yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan.

Hal ini kerana, kedua-dua pasukan jelas sekali mengamalkan permainan terbuka dengan berusaha mencari gol dari seawal minit-minit awal permainan.

Perkara ini dapat dilihat apabila Pahang berjaya membuka tirai jaringan apabila Nik Sharif Haseefy merembat cantik bola dari luar kotak penalti untuk menewaskan Rahadiazli Rahalim.

Rembatan itu bagaimana pun membias kepada tandukan kepala pemain pertahanan iaitu Argzim Redzovic.

Gol pembukaan Pahang pada minit ke-12 itu bagaimana pun tidak bertahan lama apabila Terengganu berjaya menyamakan kedudukan menerusi Dominique Da Syvla.

Beliau yang dikasari dalam kotak penalti selepas dijatuhkan oleh pemain Pahang. Beliau sendiri yang mengambil sepakan itu pada minit ke-16 dengan mudah menyamakan kedudukan.

Pahang terus berusaha untuk mendapatkan gol kedua mereka di separuh masa pertama namun kecekapan Rahadiazli menafikan pasukan pelawat dengan gol kedua.

Separuh masa kedua menyaksikan Terengganu mula mendapatkan rentak mereka dan berjaya menguasai 45 minit kedua.

Deretan peluang yang dimiliki oleh Terengganu menerusi percubaan Da Sylva, Lee Tuck dan Faris Ramli namun Helmi Eliza cukup bersedia menghadapi segala serangan.

Akan tetapi, Helmi akhirnya tumbang apabila Tuck berjaya juga meletakkan tuan rumah dihadapan apabila berjaya menyudahkan hantaran lintang dari sebelah kanan dengan melakukan sentuhan mudah dari jarak dekat.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini cukup menarik untuk ditonton dengan kedua-dua pasukan berjaya menamatkan saingan liga dalam kelompok top half liga.

Jelas sekali musim penuh pertama Nafuzi Zain sebagai jurulatih Terengganu boleh dianggap baik dan semestinya penyokong mereka berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Keputusan penuh, Terengganu 2-1 Pahang.

Kesebelasan utama

Terengganu: Rahadiazli Rahalim (penjaga gol), Arif Fadzillah, Nasir Basharuddin, Lee Tuck (ketua pasukan), Faris Ramli, Dominique Da Sylva, Nasrullah Hanif, Azalinullah Alias, Sanjar Shaakhmedov, Azam Azmi, Argzim Redzovic

Pahang: Helmi Eliza Elias (penjaga gol), Adam Tull, Faisal Halim, Nik Sharif Haseefy, S. Kumaarhan, Ashar Al Aafiz, Faisal Rosli, Zuhair Aizat, Azam Azih, Fazly Mazlan, Muslim Ahmad (ketua pasukan)

Pegawai perlawanan

Pengadil: Nazmi Nasaruddin
Pembantu pengadil 1: Arif Shamil
Pembantu pengadil 2: Hamdi Omar
Pengadil ke-4: Hasrol Amir

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN