MSL 2020: Giliran Terengganu Jadi Mangsa Kejutan UiTM

UiTM FC TFC Liga Super MSL

Pasukan ‘pembunuh gergasi’ UiTM FC terus mencipta kejutan dengan menjadikan Terengganu FC (TFC) sebagai mangsa terbaharu mereka dalam saingan CIMB Liga Super (MSL) selepas meraih kemenangan tipis 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam.

Reputasi TFC selaku pasukan pilihan sama sekali tidak menjejaskan fokus pengendali The Lions, Frank Bernhardt untuk mendapatkan tiga mata di laman sendiri dan sekaligus memberikan kekalahan kali ketiga berturut-turut buat skuad kendalian Nafuzi Zain tersebut.

Penjaga gol UiTM, Muhammad Azfar Arif muncul wira dalam perlawanan ini selepas berjaya menafikan deretan peluang milik pasukan pelawat.

UiTM yang turun dengan kekuatan semua lima pemain import mereka terlebih dahulu mendahului perlwanan seawal minit keempat selepas hantaran ke hadapan oleh Rabih Ataya menemui Mark Hartmann yang membuat rembatan dan ditepis oleh Mohd Sharmiza Yusoff, namun tIndakan susulan Muhamad Arif Anwar bagi menghasilkan gol pertama.

Terengganu yang ketinggalan satu gol beberapa kali berpeluang untuk menyamakan kedudukan dengan satu percubaan Sanjar Shaakhmedov yang terkena tiang serta tandukan Faiz Nasir yang diselamatkan penjaga gol Muhammad Azfar Arif dan turut berjaya menafikan rembatan susulan Lee Tuck.

Ketika permainan bertambah rancak, pengadil perlawanan Mohammad Zamzaidi Katimin tanpa disangka membuat satu tindakan pelik dengan menghadiahkan pasukan perlawat sepakan penalti dengan pemain TFC sendiri tidak menyangka keputusan tersebut.

Peluang terhidang tidak disia-siakan Lee Tuck dengan merembat ke arah kanan pintu gol yang hampir diselamatkan Azfar Arif untuk menyamakan kedudukan pada lewat babak pertama.

TFC yang dahagakan kemenangan memulakan separuh masa kedua dengan corak permainan berintensiti tinggi dan beberapa kali mengasak kubu tuan rumah.

Namun UiTM tidak memberi laluan mudah dengan turut melakukan serbuan demi serbuan UiTM yang akhirnya menghasilkan gol kedua hasil jaringan kapten pasukan Victor Nirennold yang membuat rembatan voli kencang hasil hantaran lambung Mark Hartmann selepas satu jam perlawanan berlangsung.

Selepas melakukan beberapa pertukaran, Dominique Da Sylva beroleh peluang satu lawan satu namun penjaga gol Azfar Arif lebih bersedia untuk menafikan percubaan penjaring terbanyak Liga Super tersebut.

Sekalipun UiTM beraksi dengan 10 orang pemain selepas Ahmad Khuzaimi Piee dibuang padang, namun tiada jaringan tambahan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Hasil kemenangan keempat musim ini, UiTM kini berjaya naik ke tangga ketiga liga dengan mengumpul 13 mata selepas lapan perlawanan, sementara TFC pula di tangga keenam dengan 10 mata.

Kredit Foto: Team Malaysia

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Super Malaysia:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply