MSL 2020: Felda United Ikat ‘Abang Besar’ Di Jengka

Felda United Pahang MSL 2020

Hasrat Felda United untuk mendapatkan kemenangan kedua dalam saingan CIMB Liga Super (MSL) musim ini dinafikan oleh jaringan penyamaan pemain import Pahang, Ivan Carlos untuk dalam aksi minggu kelapan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka yang menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Pengendali The Fighters, Nidzam Jamil merehatkan dua pemain import yang juga tonggak utama serangan mereka, Khairul Amri dan Nicolas Velez dengan memberi kepercayaan kepada pemain muda, Muhammad Syahmi Zamri yang digandingan bersama Frederic Bulot dan Ryutaro Megumi.

Sementara Pahang pula masih belum dapat menggunakan khidmat penyerang utama Dickson Nwakaeme dan terus mengharapkan Ivan Carlos bagi mengetuai bahagian serangan.

Skuad Tok Gajah terlebih dahulu di depan pada minit ke-14 kapten pahang Muslim Ahmad yang meledak gol pertama perlawanan menerusi rembatan kaki kanannya selepas membuat pusingan yang baik dalam kotak penalti.

Minit ke-27 perlawanan, penyerang lincah Pahang, Mohamad Faisal Halim berpeluang menghasilkan jaringan kedua Pahang, namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Felda, Muhammad Zarif Irfan.

Felda yang masih mencari kemenangan pertama sejak saingan liga kembali bersambung akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-38 hasil dari kesilapan penjaga gol, Helmi Eliza Alias yang gagal menangkap bola dari sepakan penjuru dengan kemas dan disambar pemain import tinggi lampai, Nikola Raspopovic.

Pada penghujung babak pertama, pengadil perlawanan Hamdan Awang menghadiahkan sepakan kepada Felda selepas mengesan bola terkena tangan Nor Azam Azih. Peluang tersebut diterjemah dengan sempurna oleh pemain muda Mohd Akhmar Haiqal Azhar untuk gol pertamanya musim ini.

Felda berpluang untuk menjarakkan kedudukan pada awal separuh masa pertama selepas Megumi yang membuat larian di sebelah kanan berjaya membuat hantaran lintang ke hadapan pintu gol Pahang, namun gagal disudahkan oleh Bulot yang dikecewakan dengan bentesan Muslim Ahmad.

Pahang akhirnya berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-77 apabila keadaan kelam kabut dalam kotak penalti telah menyebabkan bola terkena tangan pemain gantian Muhammad Faiz Mazlan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang Brazil, Ivan Carlos.

Pemain tengah Felda, Jasazrin Jamaluddin diarahkan untuk meninggalkan padang apabila dilayang kad kuning kedua selepas pengadil mengesan beliau menyiku pemain Pahang pada minit ke-82.

Nidzam Jamil dalam responnya selepas perlawanan bagaimanapun berpuas hati dengan satu mata yang berjaya dikutip dalam perlawanan ini sekalipun tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaiknya pada awal permainan dan berharap dalam melakukan yang terbaik untuk baki tiga perlawanan akan datang.

Sementara ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh pula bersyukur semangat juang pemain muda Pahang yang beraksi dengan baik sehingga berjaya memastikan pasukannya bangkit pada lewat permainan selepas ketinggalan.

Felda United yang kini telah mengumpul tujuh mata mendudukan tangga kesembilan liga sementara Pahang pula naik ke tangga ketujuh selepas mengumpul 10 mata dalam lapan perlawanan.

Kredit Foto: MFL

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN