MSL 2019: Sang Penyu Gagalkan Kebangkitan Babak Kedua Harimau Selatan

Misi wajib menang atau akan terus tercicir buat pasukan tuan rumah, Terengganu FC yang sehingga kini hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan. Manakala bagi JDT, perlawanan pada malam ini juga penting untuk meneruskan momentum kemenangan yang dicatat di tempat sendiri sebelum ini.

Suffian Rahman kembali berada di dalam kesebelasan utama di hadapan gawang buat skuad Irfan Bakti. Manakala Sanjar Shaakhmedov, Lee Tuck dan Tcheche Kipre akan menjadi sandaran di dalam sistem 4-5-1. JDT menurunkan Syameer Kutty untuk bergandingan dengan Harris Harun di tengah. Aaron Niguez berada di bangku simpanan tatkala Syafiq Ahmad terus diberi kepercayaan oleh Luciano Figueroa.

Separuh masa pertama

Perlawanan bermula dengan rancak selepas wisel permulaan ditiupkan pengadil. Sedikit insiden membabitkan Tcheche Kipre di kotak penalti JDT, menyebabkan pemain itu diberikan amaran lisan oleh pengadil selepas terlalu mudah jatuh selepas dicabar lawan. Sejurus selepas itu Syafiq Ahmad terlepas peluang terbaik untuk meletakkan JDT di hadapan apabila percubaan leret ke sisi gawang Terengganu.

Terengganu kemudiannya dihadapan selepas Khairul Izuan berjaya menolak bola menewaskan Farizal di hadapan gawang seelah menerima umpanan pendek Lee Tuck pada minit ke-7 perlawanan.


Tidak banyak ancaman oleh JDT tatkala Terengganu banyak mengawal perlawanan dengan tidak membenarkan JDT beraksi seperti biasa. Tandukan Syafiq Ahmad hasil hantaran lintang Corbing Ong pada minit ke-22 pula mudah didakap Suffian.

Percubaan Sanjar dari luar kotak penalti enam minit kemudian sedikit tinggi dan hampir menewaskan Farizal.

JDT memperolehi sepakan penalti pada minit ke-31 selepas Diogo dijatuhkan, namun pemain itu gagal memanfaatkan peluang tersebut apabila sepakan beliau tersasar. Percubaan bekas penyerang Buriram United itu pada minit ke-41 pula cemerlang diselamatkan oleh Sufian yang menepis keluar sepakan melencong pemain tersebut.

Separuh masa pertama tamat, pasukan tuan rumah Terengganu FC mendahului JDT 1-0.

Separuh masa kedua

Bermula babak kedua, Lee Tuck terlebih dahulu memberi ancaman, namun Farizal nyata lebih bersedia. Tetapi JDT terlepas peluang terbaik melalui pemain pertahanan, Mauricio Santos yang gagal menyudahkan bola yang berada di hadapan gawang Terengganu.

Aaron Niguez yang menggantikan Syafiq Ahmad turut melakukan percubaan untuk menguji Suffian Rahman dari luar kotak penalti, namun percubaan cantik pemain dari Sepanyol itu tersasar.


JDT memperolehi penalti kedua dalam perlawanan ini selepas Lee Tuck dipersalahkan kerana menjatuhkan Mauricio. Safawi Rasid tenang menjaringkan gol penyamaan untuk JDT selepas itu untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-63.

JDT kemudiannya berada di hadaoan pada minit ke-68 apabila Diogo berjaya menolak masuk sepakan sudut untuk juara bertahan itu mendahului 2-1.


Terengganu yang berusaha menyamakan kedudukan selepas itu, terlepas dua peluang untuk berbuat demikian melalui sepakan percuma di luar kotak penalti JDT.

Terengganu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-90 perlawanan melalui Kamal Azizi. Sedikit ketegangan berlaku di babak akhir perlawanan selepas jaringan Terengganu dibatalkan kerana offside.


Terengganu cuba mengasak untuk mencari gol kemenangan, namun kedudukan kekal terikat 2-2 sehingga ke wisel penamat.

Kesebelasan utama:

Terengganu FC: Suffian Rahman (GK), Kamal Azizi, Lee Tuck, Theary Bin, Syamim Yahya, Sanjar Shaakhmedov, Khairul Izuan, Nasrullhah Hanif, Adib Aizuddin, Tcheche Kipre (K), Igor Zonjic

JDT FC: Farizal Marlias (GK), Aidil Zafuan, Diogo Santo, Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera, Harris Harun, Syamer Kutty, Azrif Nasrulhaq, Corbin Ong, Syafiq Ahmad (Aaron Niguez 49′), Mauricio Dos Santos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram