MSL 2019: Kpah Sherman Wira Koloni Semut Merah Tewaskan PKNP FC Dalam Derbi Perbadanan

Ini adalah derbi koperat. Ada juga yang menggelarnya sebagai derbi perbadanan. Demikianlah ianya merujuk kepada perlawanan diantara PKNS FC selaku pasukan tuan rumah, yang melayan kunjungan PKNP FC di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Datuk K. Rajagopal untuk PKNS  FC menurunkan kesebelasan utama terbaik beliau dengan formasi 4-4-1-1. Manakala Abu Bakar Fadzim yang membimbing skuad PKNP FC pula selesa dengan sistem 3-4-3. Pengadil perlawanan ialah Mohammad Zamzaidi Katimin.

Skuad Semut Merah tidak menunggu lama untuk berada di hadapan. Percubaan penyerang import, Kpah Sherman berjaya menewaskan Khairul Thaqif di hadapan gawang PKNP FC untuk pasukan tuan rumah mendahului 1-0 seawal minit ke-3 perlawanan.

Jaringan terhasil apabila Romel Oswaldo berjaya memintas hantaran dari penjaga gol kepada pemain pertahanan, sebelum bola dilorongkan kepada Sherman untuk disempurnakan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu dalam usaha memburu jaringan, namun gagal menemui sentuhan penyudah yang dicari-cari.  Separuh masa perlawanan tamat dengan PKNS FC mendahului 1-0.

Babak kedua perlawanan bersambung, PKNP FC cuba untuk memburu gol penyamaan dengan ancaman dari Yaser Pinto dan Giancarlo Rodriguez.

FOTO: PKNP FC

Perlawanan turut dicemari dengan kad merah yang dilayangkan terhadap Kpah Sherman. Walaupun beraksi hanya dengan 10 pemain, perlawanan masih lagi seimbang.

Beberapa gerakan berbahaya masih lagi mampu dilakukan melalui Gabriel Guerra dan juga Romel Oswaldo untuk memastikan tekanan terus diberikan kepada pertahanan PKNP FC.

PKNP FC khususnya, kerap melakukan ancaman melalui hantaran bola lintang untuk mencari Giancarlo. Namun pujian harus diberi kepada bahagian pertahanan PKNS FC yang bijak mengawal pergerakan pemain itu.

Beberapa percubaan dari luar kotak penalti pula, sama ada berjaya dihadang oleh bahagian pertahanan PKNS FC, ataupun sedikit tersasar.

Keputusan bagaimanapun kekal 1-0 sehingga tamat wisel perlawanan, untuk PKNS FC mengutip tiga lagi mata berharga di minggu keempat saingan unifi Liga Super Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN