MSL 2019: Kesungguhan Pemain Melaka United Raih Kemenangan Penting Dapat Pujian Zainal Abidin

Melaka

Kemarau kemenangan pada empat aksi Liga Super Malaysia 2019 dipadamkan Melaka United selepas berjaya menundukkan Kedah 1-0 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Jaringan kemenangan tuan rumah itu menjelma menerusi pemain import kelahiran Brazil, Casagrande Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-49.

Ketika mengulas mengenai kemenangan bermakna itu, ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan memuji kesungguhan para pemainnya bagi kembali meraih kemenangan.

Zainal mengakui bahawa kesungguhan anak buahnya jelas terserlah bagi mendapatkan tiga mata penting tersebut.

Pemain Melaka United meraikan jaringan yang dihasilkan Casagrande Aselmo.

”Alhamdulillah, tahniah kepada pemain-pemain.”

”Kita nampak kesungguhan memang terbukti apabila mereka bermati-matian untuk mendapatkan tiga mata yang penting untuk kembalikan pasukan ke landasan.”

”Mereka berusaha dan saya berharap ia akan membakar semangat pemain untuk kembali ke landasan yang baik seperti macam mana mereka bermula.”

Dalam pada itu, Zainal turut menghamburkan pujian buat anak buahnya ketika menyerap asakan yang diberikan Kedah.

”Hari ini memang kita nampak begitu berdisiplin di bahagian pertahanan, tidak ada benda-benda (kesilapan) mudah yang ditunjukkan tetapi masih lagi ada sedikit calar-balar seperti memberikan terlampau banyak sepakan percuma di kawasan bahaya.”

”Tetapi, Alhamdulillah mereka dapat pintas dan saya berikan pujian kepada keseluruhan pemain sewaktu bertahan kerana mereka betul bersungguh-sungguh.”

Melaka United kini menghuni tangga ke-5 Liga Super Malaysia 2019 selepas mencatatkan empat kemenangan, dua keputusan seri dan empat kekalahan bagi mengumpul 14 mata.

Kredit foto: Melaka United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN