MSL 2018 XI: JDT Kuasai Senarai, 2 Pemain Kota Singa Turut Tersenarai

Penjaga gol – Farizal Marlias (JDT)

Gambar: Zulfachri Zulkifli/Asiana

Farizal Marlias melakukan 13 clean sheet musim ini dan ia merupakan yang terbanyak berbanding dengan penjaga gol lain.

Beliau awalnya kehilangan tempat kepada 2 penjaga gol lagi kerana baru kembali daripada tempoh penggantungan yang panjang.

Dalam beberapa perlawanan bek tengah JDT tidak berada dalam prestasi terbaik namun beliau tetap menjadi punca kenapa JDT kebal.

Bek kanan – Kamal Azizi (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 26 Mei — Pemain Terengganu FC (TFC) Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri (tengah) diasak oleh pemain Melaka United Mohd Azmi Muslim (kanan) pada saingan Liga Super 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mungkin nama yang agak mengejutkan ramai pihak. Namun pemain ini ada musim yang sangat baik dalam MSL musim ini. Turut menjaringkan beberapa gol penting untuk pasukan Terengganu.

Bek tengah – Marcos Antonio (JDT)

Pertahanan yang bangkit daripada kecederaan lutut. Ramain yang menjangkakan beliau akan bergelut musim ini dan mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada JDT. Ia tidak berlaku, beliau terus menjadi kereta kebal JDT.

Bek tengah – Muslim Ahmad (Pahang)

FOTO: FMLLP

Musim terbaik Muslim Ahmad dalam Liga Super. Beliau adalah bek tengah tempatan terbaik dalam Liga Super musim ini. Menjadi pemimpin di barisan pertahanan pasukan Pahang.

Bek kiri – Corbin Ong (JDT)

Pemain yang memulakan musim debut dengan meyakinkan. Membuatkan Fazly Mazlan kehilangan tempat daripada pasukan. Beliau seorang bek sisi yang dinamik dan suka terlibat dalam aksi di kawasan serangan (final third)

Tengah defensif – Hariss Harun (JDT)

Sumber: JST, Facebook.

Beliau turut cemerlang musim ini. Dan menjadi kapten pasukan ketika Safiq Rahim gagal menjadi pemain pasukan utama. Banyak memberikan perlindungan kepada bek berempat JDT dan melakukan beberapa faul taktikal demi pasukan.

Tengah – Safuwan Baharudin (Pahang)

Sumber: Pahang FA, Facebook.

Seorang lagi pemain Singapura dalam senarai pasukan pilihan kami. Pemain tengah yang memberikan keseimbangan ketika menyerang dan bertahan. Sangat bagus dengan bola di kaki. Beliau adalah pemain penting Pahang dalam setiap perlawanan beliau bermain.

Tak keterlaluan untuk dikatakan ini adalah perpindahan terbaik dilakukan Dollah Salleh musim ini.

Sayap kanan – Safawi Rasid (JDT)

Beliau sangat kompetitif musim ini. Mengisi pemergian Jorge Pereyra Diaz dengan sangat baik. Teknik jaringan gol beliau diperbaiki dan menjadi pemain penting dalam membawa kejuaraan MSL 2018 kepada JDT.

Safawi memiliki kelajuan dan kemampuan untuk bersaing secara fizikal.

Sayap kiri – Gonzalo Cabrera (JDT)

Sumber: JST, Facebook

Pemain pasukan (team player), itulah gambaran paling jelas untuk pemain ini. Beliau menyumbang banyak ciptaan peluang gol dan juga menjaringkan 9 gol liga musim ini.

Penyerang – Rufino Segovia (Selangor)

Kredit: FMLLP, Facebook.

Pemain pemenang kasut emas Liga Super 2018 ini wajar berada dalam senarai ini. Beliau adalah pemain Selangor yang sangat konsisten dalam melakukan tugasan beliau di hadapan gol.

Pemain yang memiliki naluri sangat kuat di hadapan gol. 19 gol musim ini, satu angka yang sangat membanggakan.

Penyerang – Zubovich (Melaka)

Sumber: MUSA, Facebook

Seorang lagi ‘target man’ dalam senarai pasukan kami. Pemain yang menjaringkan 12 gol untuk musim ini dalam pasukan yang berhadapan dengan isu kreativiti dan masalah ‘team play’ pada awal dan pertengahan musim.

Senarai simpanan

Helmi Eliza (Pahang)

Shahrul Saad  (Perak)

S. Kunanlan (JDT)

Liridon Krasniqi (Kedah)

Romel Morales (PKNS FC)

Sumareh  (Pahang)

Kipre Tchetche (Terengganu)

Jurulatih – Raul Longhi (JDT)

Beliau berjaya menggalas tugas yang diserahkan kepadanya pada pertengahan musim. Menamatkan musim ini dengan rekod gol terbanyak dan bolos paling sedikit.

Itu adalah pilihan daripada meja semuanyaBOLA. Bagaimana pula dengan XI terbaik pilihan anda? Kongsikan pula dengan kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN