MSL 2018: Tok Gajah Kukuh Kedudukan Di Kelompok Atas Liga, Terengganu FC Tumbang

Pahang FA memperolehi tiga mata berharga di tempat lawan apabila menundukkan PKNP FC 2-1 di Stadium Perak, Ipoh pada malam tadi.

Perlawanan unifi Liga Super yang berlangsung pada malam tadi adalah perlawanan ke-13 buang Pahang, dan merupakan yang ke-12 buat PKNP FC.

Kredit: PKNP FC, Facebook

PKNP FC yang memulakan perlawanan dengan agresif, pantas melakukan serangan sejak wisel permulaan ditiupkan pengadil perlawanan.

Hasil daripada serangan pertama mereka, PKNP FC memperolehi sepakan sudut yang menghasilkan gol pertama pasukan tuan rumah, hasil jaringan Ritus Krjauklis seawal minit ke-2.

Tersentap dengan gol awal PKNP FC, anak buah Dollah Salleh cuba menyusus beberapa gerakan berbahaya ke arh gawang PKNP FC, namun deretan peluang yang dihasilkan gagal disempurnakan oleh bahagian serangan.

Kredit: Pahang FA, Facebook.

Malah menuju ke babak akhir perlawanan, PKNP FC dilihat seperti hanya bertahan di kawasan sendiri untuk mempertahankan kelebihan 1-0 yang dimiliki menuju babak kedua perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, Pahang terus menguasai perlawnaan dalam usaha mereka mencari gol penyamaan.

Akhirnya, gol yang dicari-cari tiba melalui penyerang sayap import, Mohammadou Sumareh pada minit ke-74 perlawanan.

Kredit: Pahang FA, Facebook

Tok Gajah pulang ceria apabila Mohd Faizal Abdul Halim mengesahkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan untuk kemenangan 2-1.

Di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur menanti kunjungan Terengganu FC.

Bagi skuad ‘The Citizens’, kemenangan adalah penting demi melonjakkan mereka daripada berada di kelompok bawahan liga.

Manakala skuad penyu bimbingan Irfan Bakti mahukan tiga mata penuh untuk memastikan mereka kekal relevan untuk terus mencabar tiga pasukan tangga teratas iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak dan Pahang.

Kredit: KLFA, Facebook

Anak buah pengendali dari Brazil, Fabio Da Silva memulakan perlawanan dengan garang melalui percubaan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-3 perlawanan.

Terengganu juga tidak berdiam didri dengan gerakan melalui penyerang import, Tchetche Kipre menyaksikan percubaan pemain tersebut terkena palang pada minit ke-8 perlawanan.

Kredit: KLFA, Facebook.

Selepas itu, Terengganu terus kecewa apabila tandikan Nasrullah Hanif pada minit ke-17 sekadar menuju penjaga gol Kuala Lumpur, Sharbinee Allawee.

Sharbinee yang tampil pertama kali bersama Kuala Lumpur nyata menjadi wira Kuala Lumpur apabila berjaya menepis tiga percubaan berturut-turut daripada Lee Tuck dan Kipre.

Namun segalanya berubah sebelum babak pertama perlawanan berakhir. Kesilapan penjaga gol Terenggau, Wan Muhammad Azraie yang gagal menangkap kemas sepakan percuma Paulo Josue, membenarkan Zhafri Yahya meletakkan Kuala Lumpur di hadapan pada minit ke-45 perlawanan.

Kredit: KLFA, Facebook.

Seolah-olah menemui tonik, Kuala Lumpur terus agresif memburu gol apabila Guilherme De Paula berjaya menyambar hantaran Paulo Josue untuk gol kedua Kuala Lumpur, hanya tiga minit selepas babak kedua bermula.

Tatkala skuad penyu cuba memburu gol untuk mencari sesuatu dari perlawanan ini, mereka terus dihukum oleh Kuala Lumpur apabila giliran Paulo Josue meledakkan jaringan untuk memastikan kemenangan 3-0 buat skuad warga kota.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram