MSL 2018: Lee Tuck Inspirasi Terengganu FC Rebahkan Red Giants Di Halaman Sendiri

Dua keputusan seri oleh Terengganu FC, bukanlah keputusan yang teruk. Namun demikian, skuad bimbingan Irfan Bakti perlu memburu kemenangan pertama untuk memperolehi keyakinan untuk meneruskan cabaran pada musim ini.

Tampil dengan formasi 4-3-3, kelincahan Abdul Malik Arif dan ketajaman ketua pasukan Tchetche Kipre akan terus ditagih untuk memberi masalah kepada pertahanan Selangor.

Selepas keputusan positif sepanjang dua perlawanan pertama, Selangor pasti berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan misi untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Tampil dengan formasi 3-4-3, Rufinho Segovia yang sudah menjaringkan 4 gol setakat ini akan terus menjadi sandaran The Red Giants untuk merobek gawang lawan.

Sumber: TFC, Facebook.

Separuh masa pertama

Sejak wisel permulaan ditiupkan, kesungguhan kedua-dua pasukan untuk mengawal perlawanan amat jelas. Ini menjadikan perlawanan ini sangat kompetitif dan menarik untuk ditonton.

Terengganu FC terlebih dahulu menguji gawang gol Selangor pada minit ke-6 perlawanan, apabila rembatan first timer Shahrul Aizad, hasil hantaran lintang Abdul Malik Arif muntah daripada dakapan Norazlan Razali.

Tindakan susulan pemain Terengganu selepas itu, turut mampu dihalang oleh Norazlan untuk menyelamatkan keadaan.

Kelincahan Abdul Malik Arif turut hampir menghukum pertahanan Selangor selepas satu gerakan menarik pemain tersebut mengelirukan beberapa pemain, namun rembatan Abdul Malik liar tidak menepati sasaran.

Serangan balas oleh Selangor pada minit ke-29 hampir membuahkan hasil, namum rembatan Rufino Segovia selepas larian solo oleh beliau, ditampan keluar oleh Mohd Sufian Rahman.

Minit ke-33 perlawanan, rembatan deras oleh Lee Tuck selepas menerima hantaran pendek Tchetche Kipre, menewaskan Norazlan Razali, untuk Terengganu FC mendahului Selangor, 1-0.

Malah pemain tersebut sekali lagi hampir menghukum pertahanan Selangor, namun rembatan leret pemain tersebut daripada dalam kotak penalti ditepis keluar oleh penjaga gol.

Separuh masa kedua

Kesilapan pertahanan Selangor pada permulaan babak kedua, hampir menghukum diri sendiri, apabila rembatan Abdul Malik Arif dari jarak dekat, sekadar mengegar tiang gol.

Evan Dimas menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning dalam perlawanan ini setelah melakukan terjahan lambat terhadap Faiz Nasir.

Sumber: TFC, Facebook.

Shahrul Aizad kemudian memberikan pendahuluan 2-0 buat Selangor, apabila menyambar bola yang muntah daripada tampanan Norazlan Razali, selepas satu situasi kelam kabut lantaran sepakan percuma Lee Tuck dari sebelah kiri gawang.

Selangor hampir mendapatkan gol pertama perlawanan pada minit ke-63, namun Ilham gagal menanduk kemas bola untuk peluang keemasan Selangor hilang begitu sahaja.

Sumber: TFC, Facebook

Selangor semakin kehilangan tempo selepas itu. Kehilangan penguasaan di bahagian tengah, Lee Tuck pantas menghantar satu hantaran lambung mencari Tchetche Kipre, yang kemudiannya mudah mengawal bola sebelum menolak masuk untuk gol ketiga Terengganu FC pada minit ke-65 perlawanan.

Dua minit kemudian, Lee Tuck menjaringkan gol dari bahagian tengah padang, menewaskan Norazlan Razali yang agak terkeluar dari posisi sepatutnya, untuk Terengganu mendahului Selangor 4-0.

Selangor memperolehi gol sagu hati apabila Amri Yahyah menyempurnakan hantaran Ilham pada minit ke-89 perlawanan untuk Selangor merapatkan kedudukan 4-1.

Tiga minit masa tambahan kemudiannya, tidak mengubah kedudukan Selangor walaupun jaringan Rufino dibatalkan di masa kecederaan.

Tamat masa penuh perlawanan, Terengganu FC 4 Selangor FA 1.

Terengganu FC: Mohd Suffian Rahman (PG), Igor Zonjic, Tchetche Kipre (K), Nasrullah Haniff, Faiz Nasir (84′ Ashaari Shamsuddin) , Shahrul Aizad, Abdul Malik Arif(72′ Lee  Jun) , Lee Tuck, Mohd Kamal Azizi, Fitri Omar, Chanthacheary Bin (87′ Abd Latif Suhaimi)

Selangor FA: Norazlan Razali, D. Kugan (85′ Sean Selvaraj), Tamil Maran, William Pacheco, Syahmi Safari (57′ Amri Yahyah), Ilham Udin, Alfonso Calero (Saiful Ridzuwan), Razman Roslan (K), Rufino Segovia, Evan Dimas, K. Kanan

Pengadil: Fitri Maskon
Penolong Pengadil 1: Azman Isamail
Penolong Pengadil 2: Kamarulazmi Abu Bakar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN