MSL 2018: Barisan Serangan Pahang Mudah Tumbangkan Selangor, Menang 3-1 Di Cheras

Saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 kembali bersambung dengan dua pasukan utama negara antara Selangor dan juga Pahang dilangsungkan di Stadium KLFA, Cheras.

Perlawanan bermula dengan cukup garang terutamanya oleh pasukan Pahang apabila mereka menguasai sebahagian besar perlawanan.

Hasil dari penguasaan itu memberikan gol pertama Pahang menerusi Patrick Cruz pada minit ke-7 selepas menerima hantaran lintang Mohamadou Sumareh.

Safuwan Baharuddin hampir menambah gol kedua Pahang pada minit ke-12 namun rembatan voli beliau terus ke Khairul Azhan.

Chan Vathanaka mempunyai peluang untuk melakukan jaringan pada minit ke-16 namun rembatan kaki kirinya sedikit sipi dari gawang Selangor.

20 minit berlalu, jelas sekali Pahang merupakan pasukan yang lebih dominan. Serangan yang terus diberikan oleh pasukan pelawat memberikan pelbagai masalah kepada pasukan tuan rumah.

Sumareh dilayangkan kad kuning selepas tindakan beliau yang menunjukkan reaksi kurang senang terhadap keputusan pengadil.

Azam Azih mempunyai percubaan pada minit ke-27 namun rembatannya melewati palang gol.

Kejutan dari P. Maniam apabila beliau menukarkan Alfonso De La Cruz dengan Ilham Udin hanya selepas 32 minit permainan.

Azhan berjaya menolak sepakan percuma Vathanaka dari luar kotak penalti pada minit ke-34.

Selangor memperoleh penalti pada minit ke-37 selepas dijatuhkan oleh Muslim Ahmad.

Rufino Segovia dengan mudah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti seminit kemudian. Ia merupakan gol ke-5 beliau musim ini.

Separuh masa kedua dimulakan dengan gol kedua oleh pasukan Pahang selepas Forkey Doe menjaringkan seawal minit ke-49.

Azam terus berusaha untuk mencari gol pertama beliau malam ini namun rembatan luar kotak beliau sekali lagi tidak menepati sasaran.

Pahang meneruskan penguasaan mereka dalam perlawanan ini pada separuh masa kedua.

Mereka mengulangi apa yang mereka lakukan pada separuh masa pertama dengan mencari gol awal dan terus menekan Selangor.

Razman Roslan hampir menghadiahkan Pahang dengan gol ketiga pada minit ke-67 selepas hantaran beliau kepada Azhan nyata terlalu perlahan dan berjaya dirampas oleh Cruz.

Azhan berjaya menghalang gol itu dari terhasil malah percubaan susulan Vathanaka pula terus ke dakapan beliau.

Pahang terus cemerlang dengan gol ketiga selepas Doe menyempurnakan penalti pada minit ke-71.

Keputusan itu diberikan selepas William Pacheco dipersalahkan oleh pengadil kerana bola terkena tangan beliau.

Akan tetapi, kedudukan Pacheco sebenarnya diluar kotak penalti dan bukannya di dalam.

Norshahrul Idlan hampir menjaringkan gol keempat Pahang menerusi sepakan percuma beliau pada minit ke-76 namun ia hanya singgah di palang sahaja.

Secara keseluruhannya, Pahang berhak untuk memperoleh 3 mata pada malam ini selepas persembahan menyerang yang cukup cemerlang dari mereka.

Serangan yang diberikan berjaya membuatkan Selangor ‘lemas’ apabila mereka gagal untuk memperoleh rentak dan bermain dengan corak permainan mereka.

Keputusan penuh – Selangor 1-3 Pahang

Kesebelasan utama

Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), K. Kannan, Razman Roslan (ketua pasukan), Saiful Ridzuwan (Sean Selvaraj ’80), Evan Dimas, Alfonso De La Cruz (Ilham Udin 32′), Syahmi Safari (D. Kugan ’85), Willian Pacheco, Fairuz Abdul Aziz, Amri Yahyah, Rufino Segovia

Pahang: Helmi Eliza (penjaga gol), Matt Davies (ketua pasukan), Patrick Cruz, Faisal Rosli (Zubir Azmi ’90+2), Afif Amiruddin, Nor Azam Azih, Safuwan Baharuddin (R. Dinesh ’89), Muslim Ahmad, Mohamadou Sumareh, Chan Vathanaka (Norshahrul Idlan ’74), Forkey Doe

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Nafeez Abd Wahab
  • Penolong pengadil 1: Saleh Yaacob
  • Penolong pengadil 2: Azizul Aziz
  • Pengadil ke-4: P. Jeevanathan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN