MSL 2018: Red Giants Tersungkur Oleh Terkaman Lang Merah

Apa sudah jadi dengan Selangor? Dalam lima perlawanan terakhir unifi Liga Super 2018, skuad yang dikenali dengan nama Red Giants ini hanya mencatatkan satu kemenangan.

Dan kemenangan itu ialah pada 28 April yang lalu, apabila menumpaskan pasukan di kedudukan tercorot, Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Setelah berjaya mengikat JDT 2-2 pada 12 Mei lalu, kali ini Selangor tersungkur di tangan Kedah.

Kedah membuka tirai jaringan melalui pemain tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-28 perlawanan.

Kredit: Persatuan Bola Sepak Kedah, Facebook.

Pemain import, Liridon Krasniqi menjaringkan gol kedua pasukan dari utara tanah air itu apabila menyudahkan peluang dari jarak dekat, untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan.

Kedah turut terlepas beberapa peluang untuk menambah jumlah jaringan, terutama apabila percubaan Syazwan Zainon diselamatkan oleh K. Kannan, tatkala Khairul Azhan dilihat sudah tidak berada di posisi yang tepat.

Walaupun ketinggalan, Selangor turut cuba untuk bangkit. Asakan bertali arus oleh anak buah Nazliazmi akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Syahmi Safari menyudahkan hantarn K. Kannan pada minit ke-70 perlawanan.

Kredit: Malaysia Football League (MFL), Facebook.

Selangor cuba bangkit untuk memburu gol penyamaan selepas itu, namun Kedah kemas mempertahanan pendahuluan untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Turut melakukan penampilan sulung dalam perlawanan tersebut ialah pemain import, Paulo Rangel yang masuk menggantikan Amirul Hisyam pada lewat separuh masa pertama.

Sumber: Berita Harian

Penyerang import daripada Brazil itu turut mempunyai beberapa peluang terbuka, namun gagal menemui sentuhan penyudah di dalam aksi sulung bersama juara Piala FA musim lalu ini.

Kemenangan tersebut merupakan kemenangan ketiga berturut-turut anak buah Nidzam Adzha yang menghuni tangga ke-5 liga. Kedah turut berkongsi jumlah pungutan mata dengan Terengganu dan Pahang, masing-masing ditangga ke-4 dan ke-3, namun dipisahkan oleh jumlah perbezaan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN