MSL 2018: Pahang Teruskan Rentak Cemerlang Tewaskan Melaka United

Selepas meledakkan hatrik ketika membantu skuad Pahang menafikan kemaraan JDT, Patric Cruz meneruskan sentuhan berbisa yang dimilikinya dengan satu jaringan ketika membantu Pahang menewaskan Melaka United 2-0 di Stadium Darul Makmur pada malam tadi.

Satu lagi gol skuad Tok Gajah dijaringkan oleh Faisal Halim, dengan kedua-dua gol oleh Cruz dan Faisal hanya hadir pada babak kedua perlawanan.

Kemenangan tersebut turut memastikan pasukan kendalian Dollah Salleh ini menduduki tangga kedua unifi Liga Super Malaysia  selepas memungut 14 mata daripada tujuh perlawanan.

Sumber: Pahang FA, Facebook.

Tidak banyak boleh diperkatakan pada babak pertama perlawanan apabila tiada asakan berbahaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan ke arah gawang lawan masing-masing.

Peluang terbaik Melaka United untuk mendahului perlawanan tiba di minit ke-20 perlawanan, namun percubaan pemain import dari Korea Selatan, Jeon Woo Young melewati palang gol Pahang.

Nor Azam Azih dan Patrick Cruz turut melakukan percubaan selepas itu untuk skuad Tok Gajah, namun percubaan kedua-dua pemain dinafikan oleh Zamir Selamat di hadapan gawang Melaka United.

 

Babak kedua perlawanan menyaksikan Pahang menggandakan usaha untuk memastikan tiga mata penuh dari aksi di gelanggang sendiri.

Percubaan oleh Safuwan Baharudin berjaya menewaskan Zamir pada minit ke-59 perlawanan, sebelum dinafikan oleh tiang gol.

Sumber: Pahang FA, Facebook.

Melaka United turut berpeluang menjaringkan gol pendahuluan tetapi percubaan R Gopinathan berjaya diselamatkan penjaga gol, Helmi Eliza Elias enam minit selepas itu.

Akhirnya, gol yang dinanti-nantikan berjaya dihasilkan melalui sentuhan Patrick Cruz yang menewaskan Zamir pada minit ke-71 perlawanan.

Faisal Halim pula melengkapkan kemenangan pada minit ke-90 perlawanan, sekali gus mengesahkan tiga mata buat skuad Tok Gajah.

Pasukan kendalian Dollah Salleh itu kini berada di tangga kedua liga, dan hanya dibezakan 4 mata dari pendahulu JDT selepas 7 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN