MSL 2018: 1 Gol 1 Assist Nik Azli Kejutkan Kedah, Shahrizan Nafikan Penalti Sandro Pada Masa Kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Kedah melayan kunjungan pasukan yang baru ‘hilang’ jurulatih mereka selepas meletak jawatan dengan cara kontroversi.

Pemain simpanan pasukan Kelantan, Nik Azli menjadi wira pasukan dalam kejutan yang mereka lakukan di Darul Aman dengan 1 gol dan 1 assist.

Separuh masa pertama

Kedah di hadapan menerusi penyerang baru mereka, Paulo Rangel yang menyempurnakan sepakan penalti. Kedah mendapat penalti itu selepas Rangel dikasari.

Rekod tanpa ‘clean sheet’ Kelantan musim ini diteruskan. Menjadikan mereka satu-satunya pasukan dengan rekod tersebut pada musim ini setakat ini.

Kedah meneruskan ancaman dengan percubaan daripada Baddrol Bakhtiar tetapi tak menemui gawang gol.

Tidak lama kemudian, 1 jaringan Kedah dibatalkan selepas Khairul Helmi didakwa melakukan kesalahan ketika menanduk hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Kelantan tetap mampu menghasilkan beberapa ancaman di dalam perlawanan ini. Namun tiada penyudahan yang berkesan. Separuh masa pertama berakhir 1-0 memihak pasukan Kedah.

Separuh masa kedua

Bersambung babak ke-2, Ifwat dikeluarkan kerana kecederaan pada separuh masa pertama. Rangel hampir meletakkan Kedah 2 gol di hadapan. Beliau menanduk hantaran Baddrol Bakhtiar. Namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pasukan Kelantan.

Beberapa percubaan pasukan Kedah hadir namun penjaga gol veteran Kelantan, Shahrizan cemerlang menafikannya.

Namun Kedah dihukum pada minit ke-56 menerusi jaringan Nik Azli. Kedah mulai tidak terurus dan dihukum sekali lagi oleh pasukan Kelantan, juga menerusi Nik Azli.

Kedah melakukan pertukaran memasukkan Sandro menggantikan Rangel. Nidzam Adzha turut memasukkan Akhyar Rashid pada 20 minit terakhir.

Pada masa kecederaan, Shahrizan terus menjadi hero Kelantan dengan menyelamatkan sepakan penalti Sandro Mendonca. Tidak lama kemudian, Badrrol melakukan percubaan terakhir yang lemah.

Tamat perlawanan Kelantan yang tiada ketua jurulatih dan tiada persediaan rapi untuk perlawanan ini mengejutkan pasukan Kedah 1-2 di Stadium Darul Aman.

Ini merupakan kekalaha kedua pasukan Kedah berturut-turut dan ia berlaku di tempat sendiri. Sebelum ini mereka tewas di tangan Melaka United.

Kelantan mengakhiri rekod 4 kekalahan berturut-turut dalam Liga Super. 3 mata berharga untuk merapatkan jurang kepada 3 mata daripada zon selamat.