MSL 2018: Terengganu FC Kekalkan Rekod Tanpa Kalah, Tiga Mata Dari Paroi

Beberapa perubahan dilakukan oleh Jorg Steinebrunner di dalam kesebelasan utama. Tiada Nicolas Velez yang masih tercedera, memberikan peluang kepada N.Thanabalan untuk bermula.

Steinebrunner turut menurunkan penjaga gol berusia 23 tahun, Muhamad Ilham Amirullah, dan pemain pertahanan, L. Kalaiharasan di dalam kesebelasan utama pada malam ini.

Skuad Irfan Bakti hanya mempunyai satu perubahan daripada perlawanan menentang Selangor yang lalu, dengan hanya Ashari Samsudin diberikan permulaan menggantikan Faiz Nasir.

Formasi 4-3-3 terus menjadi sandaran Terengganu FC dalam perlawanan ini.

Separuh masa pertama

Perlawanan bermula dengan rancak, apabila kedua-dua pasukan berusaha untuk menguasai bahagian tengah.

Pemain pertahanan Terengganu FC, Nasrullah Hanif menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning, seawal minit ke-5 kerana terjahan keras ke atas Kim Dohean.

Sumber: Terengganu FC, Facebook

Ashari Samsudin berjaya menghasilkan jaringan pertama buat Terengganu FC, apabila berjaya meyambar hantaran lintang rendah daripada Tchetche Kipre pada minit ke-12 perlawanan.

Negeri Sembilan tampak berbahaya ketika melakukan gerakan dari sebelah kiri, namun gagal menguji Suffian Rahman di hadapan gawang lawan.

Sumber: Terengganu FC, Facebook

Tchetche Kipre terus menjadi ancaman bagi pasukan Terengganu FC dengan larian-larian menarik, manakala beberapa percubaan daripada Lee Tuck berjaya ditepis oleh penjaga gol Negeri Sembilan.

Pertembungan Lee Tuck dan Flavio Beck Junior yang kerap terjadi di dalam perlawanan ini, akhirnya mengundang kad kuning untuk Flavio pada minit akhir babak pertama perlawanan.

Separuh masa kedua

Bermula babak kedua perlawanan, Negeri Sembilan cuba mengimbangi penguasaan Terengganu FC pada babak kedua perlawanan dengan meningkatkan intensiti serangan.

Peluang terbaik Negeri Sembilan untuk menyamakan kedudukan, tiba pada minit ke-50 perlawanan, namun rembatan jarak dekat Kim Dohean dihadang oleh pemain pertahanan Terengganu.

Sumber: Terengganu FC, Facebook

Gerakan solo oleh Favio Beck, diikuti oleh rembatan leret kencang pada minit ke-62 perlawanan, turut sipi di sebelah kiri gawang Terengganu FC.

Negeri Sembilan akhirnya menemui jaringan penyamaan pada minit ke- apabila Fakrul Aiman berjaya menanduk masuk hantaran Kim Doheon yang bermain di sebelah kiri pada babak kedua ini.

Sumber: Terengganu FC, Facebook

Terengganu FC kembali di hadapan apabila Junhyeab Lee berjaya menyambar hantarab lintang Fitri Omar pada minit ke-84 perlawanan, untuk menjadikan kedudukan Negeri Sembilan 1-2 Terennganu FC.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat, sekaligus membenarkan skuad kendalian Irfan Bakti mengekalkan rekod tanpa kalah dan membawa 3 mata kembali ke Kuala Terengganu.

Kesebelasan utama

Negeri Sembilan: Muhammad Ilham (PG), Flavio Beck, Syahid Zaidon (89′ Faizal Abu Bakar), Airulridzwan, Fauzan Dzulkifli, Kalaiharasan (64′ Aaron Ramallo), Khairul Izuan, N.Thanabalan, Renars Rode, Kim Dohean, Fakrul Aiman (Mony Udom Prak)

Terengganu FC: Suffian Rahman (PG), Fitri Omar, Kamal Azizi, Lee Andrew, Thierry Bin , Abdul Malik Ariff (Junhyeab Lee), Shahrul Aizad (90′ Andul Latiff Suhaimi), Nasrullah Hanif, Tchetche Kipre, Igor Zanjic, Ashari Samsudin (60′ Faiz Nasir)

Pengadil Perlawanan: Nagor Amir Noor Mohamed
Penolong Pengadil 1: Mohd Khalid Aris
Penolong Pengadil 2: Annuar Bin Musa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN