MSL 2018: Nicholas Swirad ‘Hunus’ Keris Untuk Bunuh Selangor Di Minit Akhir

Perlawanan unifi Liga Super malam ini menyaksikan Melaka United bertemu Selangor dalam misi kedua-dua pasukan mengukuhkan cengkaman mereka bagi mengelak dari tersingkir ke liga bawahan.

Melaka United yang boleh dikatakan sudah pun selamat untuk beraksi di Liga Super musim hadapan berhadapan dengan Selangor yang memerlukan 1 mata untuk tidak tersingkir.

15 minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai 1 peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Percubaan Yahor Zubovich dari hantaran lintang R. Gopinathan berjaya dihalang oleh penjaga gol Selangor – Haziq Ridwan.

Tuan rumah hampir sahaja mendahului menerusi Ifedayo Omosuyi apabila tandukan beliau dari situasi sepakan penjuru singgah dipalang dan percubaan susulan mereka terus ke Haziq.

Beberapa saat kemudian, Selangor melakukan serangan balas pantas menerusi Rufino Segovia dan hantaran beliau berjaya disudahkan oleh Ilham Udin pada minit ke-25.

Ia merupakan gol pertama Ilham bersama pasukan Selangor.

Gambar: Melaka United

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan permainan terbuka untuk mencari jaringan gol.

Di separuh masa kedua, Melaka United berjaya menjaringkan gol penyamaan yang dicari-cari.

Zubovich menjaringkan gol hasil biasan Ashmawi Yakin dari sebelah tepi untuk meletakkan tuan rumah setara pada minit ke-50.

Gambar: Melaka United

Seperti separuh masa pertama, separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mengekalkan tempo untuk mencari gol pendahuluan.

Selangor kembali mendahului pada minit ke-70 apabila pemain gantian iaitu D. Kugan menyempurnakan hantaran lintang Syahmi Safari untuk menewaskan Khairul Fahmi.

Ia merupakan sentuhan pertama beliau selepas masuk menggantikan Sean Selvaraj beberapa saat sebelum itu.

Melaka United berjaya mendapatkan gol seminit kemudian namun Ifedayo dinafikan oleh penjaga garisan kerana ofsaid.

Separuh masa kedua menyaksikan Ifedayo jelas merupakan pemain paling berbahaya apabila menghadirkan pelbagai ancaman dalam perlawanan ini.

Melaka United kembali menyamakan kedudukan menerusi Zubovich pada minit ke-83 selepas menerima menyempurnakan hantaran Shahdan Sulaiman dari sepakan percuma.

Amri Yahyah mencuri tumpuan apabila melakukan percubaan terus dari jarak 50 meter.

Namun sayang, percubaan itu sedikit melewati palang gol.

Melaka United berjaya mencuri 3 mata dari Selangor selepas Nicholas Swirad menanduk masuk bola pada minit ke-90+3 untuk memenangi perlawanan ini.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini cukup menarik untuk bagi pemerhati neutral namun cukup mendebarkan bagi penyokong kedua-dua pasukan.

Keputusan penuh, Melaka United 3-2 Selangor.

Kesebelasan utama

Melaka United: Khairul Fahmi (penjaga gol) (ketua pasukan), Shazlan Alias (R. Surendran 45′), Nicholas Swirad, Faris Rosli, Ifedayo Omosuyi, Steven Thicot, Shahdan Sulaiman, Yahor Zubovich, Azmi Muslim, R. Gopinathan, S. Veenod (Fauzi Roslan 80′)

Selangor: Haziq Ridwan (penjaga gol), A. Namathevan, Evan Dimas (Amri Yahyah 90′), Sean Selvaraj (D. Kugan 69′), Saiful Ridzuwan (ketua pasukan), Rufino Segovia, Alfonso De La Cruz, Ashmawi Yakin, Ilham Udin Syahmi Safari, Syukri Azman

Pegawai perlawanan

Pengadil: Nagor Amir Noor Mohamed
Penolong pengadil 1: Hariff Akhir
Penolong pengadil 2: Hamdi Omar
Pengadil ke-4: Izwan Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram