MSL 2018: KL Tumbang Dalam Aksi 7 Gol Menentang MU, Shahrel Fikri Muncul Wira PKNP FC

Kerjasama Semuanya BOLA

Semalam menyaksikan 3 aksi unifi Liga Super Malaysia 2018 mengambil tempat di Alor Star, Cheras dan juga Ipoh.

Di Alor Star, Kedah mencatatkan kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan liga serta di laman sendiri apabila ditewaskan oleh pasukan bermasalah iaitu Kelantan dengan jaringan 2-1.

Anda boleh baca laporan penuh kami mengenai perlawanan itu di sini.

Drama 7 gol

Di Stadium KLFA Cheras, Kuala Lumpur menerima kunjungan pasukan Melaka United.

Melaka United nyata bertenaga walaupun beraksi di laman lawan apabila berjaya memperoleh 3 gol pada separuh masa pertama.

Mereka memperoleh gol seawal minit ke-6 menerusi penyudah Yahor Zubovich sebelum Syahrul Azwari menambah jaringan pelawat pada minit ke-23.

Melaka United terus memperoleh gol ketiga mereka menerusi pemain baharu iaitu Ifedayo Omosuyi, kali ini pada minit ke-34.

Gambar: MFL

Sebelum rehat separuh masa, Paulo Josue menjaringkan gol kedua tuan rumah untuk mendekatkan kedudukan kepada 3-1 pada minit ke-43.

Kuala Lumpur berjaya mendekatkan kedudukan apabila Guilherme De Paula menjaringkan gol pada minit ke-48.

Gambar: MFL

Kebangkitan Kuala Lumpur terhasil juga apabila De Paula menjaringkan gol tiga tuan rumah pada minit ke-70 untuk memberikan keceriaan kepada penyokong tuan rumah.

Akan tetapi di bahagian akhir permainan, Omosuyi meranapkan impian Kuala Lumpur apabila menjaringkan gol keempat pasukan pelawat dan menghadiahkan tiga mata buat mereka.

Sementara di Stadium Perak, PKNP FC menghadiahkan kekalahan kedua berturut-turut buat Terengganu.

Segalanya tampak baik apabila Tcheche Kipre menjaringkan gol pertama pelawat pada minit ke-30.

Namun di separuh masa kedua, PKNP FC bangkit untuk memperoleh kemenangan apabila penyerang utama mereka iaitu Shahrel Fikri menyamakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi sepakan penalti.

Kemenangan mereka dipateri dengan jaringan Shahrel pada minit ke-61.

Gambar: MFL

Malam ini bakal menyaksikan 3 lagi perlawanan dilangsungkan dengan aksi tumpuan melibatkan JDT dan juga Pahang di Larkin.

Selangor pula melayan kunjungan PKNS FC di Cheras manakala Perak menentang Negeri Sembilan di Paroi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram