MSL 2018: JDT Mudah Rebahkan Tentangan Hang Tuah Di Larkin

Barisan terbaik. Itulah yang dapat diungkapkan ketika senarai kesebelasan utama kedua-dua pasukan diumumkan pada malam ini.

Bagi skuad kendalian Ulisses Morais, kemenangan di halaman sendiri pada malam ini adalah sasaran utama selepas dikejutkan Kuala Lumpur dalam perlawanan sebelum ini.

Turun dengan formasi 4-3-3, Afiq Fazail diberikan keutamaan untuk membarisi kesebelasan utama JDT bersama-sama Safiq Rahim dan Natxo Insa di bahagian tengah.

Bagi skuad kendalian Eduardo Almeida, rentak kecemerlangan selepas memperolehi dua kemenangan sebelum ini menghadirkan sedikit rasa positif untuk mencipta kejutan di Larkin pada malam ini.

Melaka United turun dengan formasi yang memerlukan pasukan mereka dinamik di tengah iaitu formasi 4-1-4-1, dengan penyerang import Yahor Zubovich akan menjadi tongak utama untuk memburu gol.

Kredit: JST, Facebook.

Separuh masa pertama

JDT lebih cepat melakukan penguasaan di tengah padang dengan hantaran-hantaran pendek sesama pemain.

Tidak perlu menunggu lama, JDT berada 1-0 di hadapan apabila Luciano Figueroa menanduk masuk sepakan penjuru Safiq Rahim pada minit ke-12 perlawanan.

Kredit: JST, Facebook.

Melaka United turut mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan, namun Jeon Woo-Young menanduk tinggi sepakan percuma Shahdan Sulaiman pada minit ke-16 perlawanan.

Pada minit ke-20 perlawanan,  rembatan kaki kanan Juan Pereyra Diaz dari luar kotak penalti menerjah jaring sebelah kanan Melaka United, selepas menerima kuisan  daripada Figueroa untuk gol kedua JDT pada malam ini.

Selepas itu, giliran Natxo Insa pula menewaskan Zamir Selamat dengan rembatan rendah kaki kanan, untuk JDT terus selesa di hadapan dengan jaringan 3-0.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga babak pertama perlawanan berakhir.

Separuh masa kedua

Bermula babak kedua perlawanan, JDT meneruskan penguasaan bola.

Walaupun Melaka United cuba mengimbangi pasukan JDT dengan melakukan serangan-serangan, anak buah Eduardo Almeida sering dikecewakan dengan hantaran-hantaran yang kurang tersusun.

Kredit: JST, Facebook

Sedikit perubahan dilakukan Almeida pada minit ke-61 perlawanan, dengan memasukkan Azmi Muslim sebagai bek kiri.

Langkah ini sekaligus membenarkan Khair Jones beraksi sebagai pemain tengah untuk membantu unit serangan Melaka United.

Kredit: JST, Facebook.

Perubahan tersebut memberi lebih fluidity kepada serangan Melaka United, apatah lagi Safiq Rahim telah dikeluarkan terlebih awal oleh Morais.

Namun demikian, barisan pertahanan JDT kekal fokus tidak membenarkan Melaka United menghukum mereka.

Kredit: JST, Facebook

Memasuki 10 minit terakhir, perlawanan menjadi semakin perlahan. Tiada gerakan-gerakan berbahaya, dengan kedua-dua pasukan lebih mengharapkan gerakan daripada hasil set-pieces.

Dua minit masa tambahan yang diberikan pengadil turut tidak memberikan perubahan kepada kedudukan jaringan.

JDT dengan mudah menundukkan tentangan Melaka United dengan jaringan 3-0, untuk tiga mata berharga pada malam ini.

Barisan kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim: Farizal Marlias (PG), Afiq Fazail, Marcos Antonio, Safiq Rahim (K) (60′ Haris Harun), Pereyra Diaz, Luciano Figueroa, Azrif Nasrulhaq (75′ S. Kunanlan), Corbin-Ong, Gabriel Cabrera (73′ Safawi Rasid), Fadhli Shas, Natxo Insa

Melaka United: Zamir Selamat (PG), Nicholas Ryan, R. Surendran (46′ S.Sivanesan), Jeon Woo-Young, Tiago Gomes, Fakri Saarani (61′ Azmi Muslim), Steven Gary Thicot, Shahdan Sulaiman, Yahor Zubovich, Khair Jones (85′ Farderin Kadir), G. Puaneswaran

Pengadil: Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1: Mohd Yusri Muhamad
Penolong Pengadil 2: Mohd Junaidi Abd Samad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram