MSL 2018: Jaringan Kemenangan Shahrel Fikri Buatkan Kelantan Kekal Di Zon Penyingkiran

Fajr Ibrahim baru merasai kemenangan sulung beliau bersama dengan anak-anak muda pasukan Kelantan dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur sebeum ini. Namun hari ini mereka tewas di tangan PKNP FC.

Ini bermakna Kelantan akan terus kekal di zon penyingkiran pada minggu ini.

Kelantan tewas 2-1 di tangan PKNP FC. Kesemua gol dijaringkan pada separuh masa kedua. PKNP FC mendahului pada minit ke-60 menerusi Hafiz Ramdan.

Hafiz bijak menukar arah bola memperdaya pertahanan Kelantan di dalam kotak penalti dan meleretkan bola ke sudut kiri beliau.

Kelantan kemudian membalas gol tersebut dengan jaringan Muhammad Imran pada minit ke-74. Satu percubaan ke far post yang menarik.

Ketika perlawanan berbaki 7 minit, penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri memastikan 3 mata milik PKNP FC.  Ini selepas penjaga gol pasukan Kelantan gagal memenangi bola dalam keadaan beliau keluar untuk melakukan ‘sweeping’.

Kemenangan 2-1 ini melonjakkan PKNP FC ke tanggan ke-6, berkongsi 14 mata dengan PKNS FC. Mereka hanya dipisahkan 1 mata daripada pasukan di tangga ke-4 Terengganu.

Kelantan masih berada di zon penyingkiran di tangga ke-11. 1 mata di belakang pasukan Melaka yang masih ada kelebihan 1 perlawanan dalam tangan.

Perlawanan seterusnya, pasukan Kelantan akan berhadapan dengan Kuala Lumpur. Manaka PKNP FC akan bertemu dengan  pasukan gergasi merah kuning, Selangor.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram