MPL: Pulau Pinang Tewaskan Sarawak 6-3, Bujang Senang Lepaskan Peluang Pintas Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Sarawak gagal merencatkan peluang mereka untuk terus kekal dalam Liga Premier musim hadapan. Ini selepas Bujang Senang tewas 6-3 dalam aksi menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.

Dalam aksi terdahulu pasukan Sabah menewaskan Kelantan 1-0 pada malam keraian Piala Liga Premier 2019.

The Red Warriors dan Sarawak adalah hanya 2 pasukan yang berjuang untuk mengelakkan penyingkiran ke Liga M3 musim hadapan.

Jika menang ke atas Pulau Pinang, pasukan Sarawak boleh memintas Kelantan dalam kedudukan carta liga. Namun ianya gagal dilakukan.

Aksi di antara Pulau Pinang dan Sarawak di Stadium Bandaraya menghasilkan 9 gol.

Skuad Pulau Pinang mendahului 5-0 pada separuh masa pertama. Arruda Silva, Al Hafiz Harun – masing-masing menjaringkan 2 gol. 1 lagi dihasilkan menerusi Sergio Aguero.

Masuk separuh masa kedua, pasukan Pulau Pinang melebarkan lagi pendahuluan kepada 6-0 pada minit ke-52 menerusi Bottaro.

Walaubagaimanapun, Sarawak mendapat 3 gol sagu hati dalam perlawanan ini. 2 gol menerusi Bobby Gonzales dan 1 lagi menerusi Alif Hassan. Sekaligus membuatkan Harimau Kumbang harus menggariskan isu pertahanan mereka dalam ‘post mortem’ perlawanan.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 6-3. Kemenangan yang membolehkan Pulau Pinang berada di tangga ke-6 liga.

Perlawanan terakhir Sarawak adalah menentang Selangor United. Sementara itu pasukan Kelantan akan berhadapan dengan UKM FC.

Sarawak dan Kelantan hanya dibezakan dengan 1 mata pada carta liga.