MPFL 2020: Pahang Rangers Terus Bernafsu, Bawa Masuk Ridzwan Bakri

Kerjasama Semuanya BOLA

Ridzwan

Skuad himpunan bintang dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Pahang Rangers FC mengukirkan senyuman buat para penyokong mereka apabila mengesahkan kehadiran pemain lincah skuad futsal kebangsaan, Mohd Ridzwan Bakri ke dalam pasukan.

Tidak keterlaluan juga untuk melabelkan perkembangan terbaru ini sebagai kegembiraan berganda buat para penyokong Pahang Rangers selepas kelab tersebut terlebih dahulu merekrut seorang lagi tonggak utama skuad negara, Mohd Awalluddin Mat Nawi kira-kira dua minggu lalu.

Satu video telah dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi Pahang Rangers pada malam tadi bagi mengesahkan kehadiran Ridzwan buat kali kedua ke Pahang. Sebelum ini beliau memperkuatkan skuad Pahang bagi musim 2017.

Finally announcing….

Selepas penantian panjang yang menyeksakan, akhirnya kami mengumumkan ….

Posted by Pahang Rangers FC on Friday, January 24, 2020

Ridzwan hadir ke Kuantan dengan reputasi hebat kerana beliau memiliki rekod jaringan yang cukup baik sejak menyertai liga utama futsal tanah air itu pada musim 2013.

Sepanjang dua musim bersama Perak sebelum ini, Ridzwan berjaya menjaringkan 39 gol dan lebih menarik untuk diperkatakan apabila beliau dinobatkan selaku penjaring terbanyak MPFL 2019 bersama-sama Saiful Nizam Mohd Ali (Pahang Rangers) dan Muhammad Fariq Mohammad (Selangor MAC FC) dengan 18 jaringan.

Di pentas antarabangsa pulan, pemain berusia 26 tahun kelahiran Tawau itu merupakan pemain yang sentiasa mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan bagi menggalas tanggungjawab di mana-mana kejohanan terutamanya di peringkat serantau.

Ridzwan ketika aksi bersama skuad futsal kebangsaan. Kredit foto: FAM

Kehadiran Ridzwan yang merupakan duta barangan sukan dari Sepanyol, JOMA ke dalam pasukan Pahang Rangers jelas dapat memantapkan lagi skuad bimbingan Gerard Cassas Ullastre tersebut.

Selain Pahang dan Perak, Ridzwan turut pernah beraksi bersama Sabah bagi saingan Liga Futsal Kebangsaan 2013/14 dan 2015. Kegagalan Sabah untuk melayakkan diri ke peringkat Piala Futsal Kebangsaan memaksa Ridzwan dipinjamkan ke Kedah dan Selangor.

Kredit foto: Pahang Rangers FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram