MPFL 2020: Pahang Rangers Berkenduri Jaringan Tundukkan Sarawak

Pahang Rangers

Pahang Rangers membuka tirai Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dengan nota kemenangan selepas berjaya menundukkan pendatang baharu, Sarawak 9-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan sebentar tadi.

Mendapat bimbingan ketua jurulatih dari Sepanyol, Gerard Casas Ullastre serta dibarisi sebahagian besar pemain skuad futsal kebangsaan, Pahang Rangers dilihat lebih ‘gagah’ sebaik sahaja permainan dimulakan dengan beberapa serangan berbahaya dilancarkan.

Naib juara edisi musim lalu itu membuka tirai jaringan seawal minit ketiga apabila Saiful Nizam Mohd Ali mudah menolak masuk bola susulan rembatan awal dilakukan Khairul Effendy Mohd Bahrin.

Selepas jaringan tersebut terhasil, Sarawak sesekali menghadirkan serangan berbahaya ke pintu gol Pahang yang dikawal Syafiq Hamzah tetapi penyudah kurang berkesan menggagalkan usaha mereka.

Sedar kelebihan satu jaringan masih belum selamat, Pahang mencipta peluang terbaik terutamanya menerusi Khairul Effendy yang seringkali meledakkan rembatan daru luar kawasan penalti.

Usaha Khairul Effendy itu membuahkan hasil pada minit ke-13 selepas rembatan padu dari luar kawasan penalti diledakkannya gagal dihalang Qayyum untuk menjadikan kedudukan 2-0. Berselang dua minit kemudian, kedudukan sekali lagi berubah hasil jaringan kedua peribadi Saiful Nizam.

Memasuki babak kedua, Sarawak memperkemaskan aksi dalam usaha memburu jaringan dan Azri Dumin akhirnya memperoleh jaringan pada minit ke-26 bagi merapatkan kedudukan.

Tidak mahu pasukan pelawat selesa untuk mendapatkan jaringan, Pahang Rangers kembali mengukuhkan kedudukan pada minit ke-29 menerusi ketua pasukan, Akmarulnizam Idris menyempurnakan peluang setelah beliau menerima ‘backheel’ daripada Saiful Nizam.

Kenduri gol Pahang Rangers berterusan setelah Mohd Azwann Ismail mencetak dua jaringan pada minit ke-29 dan 30.

Tiga lagi jaringan bagi melengkapkan kemenangan 9-1 buat Pahang Rangers disumbangkan oleh Awalluddin Mat Nawi, Akram Mukhriz dan Baazri Halmie.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN