MPFL 2020: Dua Pemain Bintang Skuad Futsal Kebangsaan Jadi Milik Pahang Rangers?

Pahang Rangers

Walaupun masih berbaki kira-kira tiga bulan untuk saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2020 membuka tirai, Pahang Rangers nampaknya kian rancak membuat persiapan awal bagi menghadapi musim baru.

Ketika pasukan lain masih dalam mood bercuti, skuad yang kini diuruskan sementara oleh penolong jurulatih, Ridzuan Abd Halim susulan pengunduran Taufik Yaiyah dilihat sudah mula menjalani latihan pra-musim sejak awal bulan ini malah mereka juga telah mengadakan sesi pemilihan pemain baru pada bulan lalu.

Tiada rombakan besar dibuat pada skuad yang muncul naib juara MPFL 2019 dengan kesemua pemain tonggak termasuklah Saiful Nizam Mohd Ali, Khairul Effendy Bahrin, Abu Haniffa Hassan, Azwann Ismail dan Firdaus Ambiah diumumkan akan kekal menyarung jersi pasukan itu.

Penjaga gol kebangsaan Syafiq Hamzah dan kapten berpengaruh, Akmarulnizam Idris yang tersisih hampir keseluruhan saingan musim 2019 akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament turut dikekalkan bersama-sama pemain muda meningkat naik, Harith Naim Mohd Nasir.

Begitupun perkhabaran yang sangat dinantikan oleh penyokong, siapa pemain baru yang akan direkrut untuk memperkasa cabaran pasukan setelah Pahang Rangers baru-baru ini di laman facebook rasmi mereka mengumumkan telah menandatangani dua pemain yang mana identitinya masih dirahsiakan, namun dipercayai pemain berstatus bintang skuad kebangsaan.

Pengumuman awal itu sekaligus mencetus rasa teruja dalam kalangan penyokong dan tinjauan di ruangan komen menyaksikan ramai membidik beberapa nama berprofil tinggi termasuklah ala [posisi dalam futsal] sensasi pasukan kebangsaan Ridzwan Bakri yang juga merupakan salah seorang penjaring terbanyak MPFL 2019.

Sebagai rekod, Pahang Rangers terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan MPFL 2019 di tempat kedua, tujuh mata di belakang Selangor. Dengan persiapan awal yang dibuat serta kemasukan dua lagi pemain bintang – belum termasuk import – sasaran mudah yang pastinya boleh diletakkan adalah menjuarai MPFL 2020.

Bagi mencapai sasaran itu, mereka juga difahamkan akan membawa masuk seorang jurulatih berpengalaman dari luar negara.

Kredit featured image: Arena Seladang 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN