MPFL 2019: Khairul Effendy Mahu Rakan Sepasukan Tunjuk Karakter Sebenar Berdepan Selangor

Khairul Effendy

Ketua pasukan Pahang Rangers, Khairul Effendy Bahrin berpendapat keputusan yang bakal dilakar dalam aksi menentang pendahulu, Selangor di Kompleks Sukan Panasonic pada Rabu ini, akan memberi gambaran awal mengenai hala tuju kejuaraan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2019.

Justeru, pemain yang mesra disapa Ayon itu berkata perlawanan penting itu perlu dihadapi seperti sebuah perlawanan akhir dan setiap pemain perlu memberikan segalanya lebih daripada biasa untuk meraih kemenangan.

“Ia adalah perlawanan yang dinanti-nantikan, akan menjadi satu perlawanan yang menarik, kedua-dua pasukan dalam prestasi yang baik dan masing-masing ada misi mahu dicapai. Selangor mahu mempertahankan kedudukan di tangga teratas, manakala kita pula mahu memintas mereka.

“Saya percaya rakan sepasukan tahu apa yang perlu dibuat, kita perlu bermain seperti sebuah pasukan juara, tunjukkan karakter sebenar, tiada lagi istilah lambat panas atau simpan kuku sepertimana perlawanan sebelum ini.

“Kita perlu ‘all-out’, dalam masa sama jangan leka, jangan lalai, jangan buat silap dan beri Selangor ruang. Kita perlu serlahkan potensi sebenar kita, ini adalah waktunya kerana jika kita menang, sudah tentu kita akan ada lebih keyakinan untuk aksi-aksi seterusnya, secara moralnya kita akan lebih tenang dan jika sebaliknya berlaku kita akan tercicir jauh.

“Jadi, kita perlu hadapi perlawanan ini dengan positif, ia akan memberi indikasi awal akan keupayaan kita mencabar kejuaraan,” ujar Khairul Effendy.

Selangor ketika ini memimpin carta liga dengan 16 mata, satu mata mengatasi Pahang Rangers yang mengalami kekalahan pertama musim ini setelah kecundang 5-6 di tangan Perak pada Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih, Taufik Yaiyah percaya barisan pemainnya akan tampil lebih bertenaga untuk menghadiahkan Selangor kekalahan pertama seterusnya merampas takhta liga.

Menyedari Selangor bukan sebuah pasukan yang mudah untuk ditundukkan, Taufik menjelaskan beliau akan merencana strategi ampuh untuk memastikan tiga mata dapat dibawa pulang dari Shah Alam.

“Kita hormat Selangor, mereka sedang harungi prestasi baik dan belum tewas. Kita belajar dari kekalahan lepas dan akan perbaiki apa yang masih lemah.

“Saya yakin siapa sahaja yang tersenarai akan berikan 200 peratus komitmen, saya hanya mahu lihat pemain saya membuktikan dan membalas kepercayaan itu di atas gelanggang nanti, saya yakin mereka tidak akan kecewakan barisan kejurulatihan mahupun penyokong,” ujar Taufik.

Kredit foto: Pahang Rangers FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN