MPFL 2019: Kerjasama CUCKOO Suntik Semangat Pahang Rangers Buru Tempat Ke Pentas Asia

Pahang Rangers

Pahang Rangers mempunyai visi yang cukup besar bukan sahaja mahu merangkul trofi Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 tetapi lebih daripada itu mahu mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia beraksi di Kejuaraan Futsal Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) satu hari nanti.

Mereka nampaknya serius untuk menjadikan impian itu satu kenyataan, termasuklah dengan memantapkan pengurusan selain merekrut lima tonggak pasukan Harimau Malaya pada awal musim antaranya Khairul Effendy Bahrin, Azwann Ismail, Abu Haniffa Hassan dan Saiful Nizam Mohd Ali.

Pelbagai inisiatif lain turut giat dilaksanakan di balik tabir dan ketika ini, semuanya dilihat berada pada landasan tepat apabila pasukan bimbingan Taufik Yaiyah itu sedang bersaing sengit dengan Selangor untuk merebut kejuaraan MPFL 2019.

YAM Tengku Fahd Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah berkenan menurunkan tandatangan pada jersi Pahang kolaborasi bersama CUCKOO.

Visi dan pandangan jauh ke depan Pahang Rangers nampaknya turut menarik perhatian syarikat-syarikat besar untuk tampil bekerjasama dan terbaru pasukan itu menerima suntikan semangat terbaik apabila jenama peralatan rumah terulung, CUCKOO merasmikan pembabitan dalam arena sukan dengan menjadi penaja rasmi pasukan itu.

Kerjasama di antara Pahang Rangers dan CUCKOO dimeterai pada bulan lalu dalam satu majlis gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di mana Presiden Pahang Rangers YAM Tengku Fahd Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah sendiri telah hadir menandatangani jersi kolaborasi bersama Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO, KC Hoe.

“Ini adalah permulaan kepada inisiatif sukan kami dan sebahagian daripada beberapa projek yang telah dijadualkan untuk 2020. Kami memberi sokongan penuh kepada Pahang Rangers untuk menjadi juara sulung MPFL seterusnya mengharumkan nama Malaysia di Asia satu hari nanti,” kata KC Hoe.

YAM Tengku Fahd Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah bersama Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO, KC Hoe.

Dalam pada itu, Pahang Rangers akan menyepak mula saingan pusingan kedua MPFL 2019 dengan menentang Kuala Lumpur di gelanggang sendiri di Stadium Tertutup SUKPA, pada Rabu.

Pahang Rangers yang memulakan kempen dengan lima kemenangan berturut-turut, gagal mengutip mata penuh dalam dua aksi terakhir di mana mereka tewas kepada Perak 5-6 dan kemudiannya seri menentang pendahulu liga, Selangor 3-3 pada 31 Julai lalu.

Kapten pasukan, Khairul Effendy berkata pasukan itu tidak lagi boleh melakukan kesilapan dan mencicirkan mata jika mahu terus menghambat Selangor yang sedang memimpin carta liga dengan kelebihan satu mata.

“Kita kembali bermain di SUKPA. Ia perlawanan pertama pusingan kedua dan kita mahu bermula dengan kemenangan. Penyokong kita akan menjadi kekuatan utama, menjadi inspirasi supaya kita boleh bangkit mengutip tiga mata setelah tercicir lima mata dalam dua perlawanan terakhir.

“Kita telah menang semua empat perlawanan di Sukpa, dan kita enggan berpaling. Tiada keputusan lain diharap selain kemenangan,” kata Khairul Effendy yang juga merupakan kapten pasukan kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN